Connect with us

Artis / Selebriti

” Niat hati aku nak buat video sedih, joke tunang kahwin tapi sesungguhnya.. ” – Erma Fatima

Perkongsian Erma Fatima ketika menghadiri Majlis Resepsi Fattah Amin dan Amira Othman buat ramai tersentuh. Selalunya Erma gemar muatnaik posting menyakat pasangan ini. Namun kali ini touching pulak. Amira pun ada komen..

Fattah Amin dan Amira Othman telah mengadakan majlis resepsi kedua mereka yang berlangsung meriah di Melawati Convention Centre, Kuala Lumpur, semalam. Kelihatan ramai rakan selebriti tanah air hadir bagi memeriahkan majlis pasangan ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima. Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Erma berkongsi dua video dan menitipkan ucapan istimewa buat pasangan pengantin baru itu. Erma meluahkan rasa terharu apabila melihat kebahagiaan Fattah dan Amira di hadapan matanya yang kini sah bergelar suami isteri.

Selain itu, dalam tulisannya, Erma turut berharap agar Amira dapat menjaga Fattah dengan sebaik-baiknya memandangkan dia sudah menganggap Fattah seperti anaknya sendiri. Perkongsian oleh Erma itu telah mengundang rasa sebak di kalangan warganet. Ada yang mengakui turut mengalirkan air mata membaca luahan ikhlas Erma tersebut.

Malah, perkongsian Erma itu turut menerima respon daripada Amira sendiri di ruangan komen. Amira mengucapkan terima kasih kepada Erma dan menulis panggilan mesra ‘mama’ buat dirinya. Sehingga kini, kedua-dua perkongsian Erma tersebut telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.

Tonton perkongsian video-video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh warganet dan rata-rata mengakui turut tersentuh dengan penulisan Erma buat Fattah dan Amira. Antara komen-komen tersebut adalah:

” Kak Erma ni nampak dia syg betul pd fattah ni.. Betul la kan orang baik ramai sayang.. Sebak baca wish kak Erma ni.. “

” Kebanyakan org lain semua pesan fattah jaga Amira baik2. Tp yg ni pesan Amira jaga fattah. Subhanallah. Moga bahagia mereka sampai ke Jannah. Aamiin.. ‘

” Sebanya. Saya doakan Fattah & Mira Kekal Bahagia hingga ke Jannah . Aamiin.. Thanks Kak Erma dan family sb selalu support Fattah waktu dia di titik terendah.. The best.. “

” Sebak baca ni. Semoga u and family jugk dpt jaga mereka mcm family.. Semoga rumahtangga mereka Allah pelihara hingga ke jannah.. “

” Kami doakan Fattah dan Mira kekal bahagia hingga Jannah dan dikurniakan anak2 yang comel soleh dan solehah. Aamiin.. “

” Ya Allah terimakasih kerana ramai org doakn yg baik2 buat FAAO, sgt mendalam ucapan dri seorg insan bernama Ermafatima, dia sgt2 love.. “

” Aduh Kak Erma.. Kenapa la kupas bawang pkl 1 pagi ni.. Ucapan ni nampak simple tapi dalam sangat… Terus rasa sebak.. “

Respon Amira :

Jarang sekali Erma menulis sebegini. Jelas menggambarkan kasih dan sayangnya terhadap Fattah serta Amira. Apa-apa pun, tahniah buat pasangan pengantin ini. Semoga mahligai yang dibina akan sentiasa dirahmati, diberkati dan kekal bahagia hingga ke jannah. Aamiin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ermafatima

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaik Untuk Bayi
Sace Lady Compact Powder

Trending

Copyright © Berita Kopak