Artis / Selebriti
” Ni kalau berlakon dengan Mira Filzah dan bertudung, memang susah nak cam, ibarat kembar.. ” – Komen Netizen
Gambar-gambar Tracie Sinidol memakai tudung dan beruniform sekolah dalam drama Hilang Dalam Rindu raih perhatian ramai. Memang nampak sebijik macam Mira Filzah terus..
Pelakon muda yang semakin bersinar, Tracie Sinidol telah mencuri perhatian ramai apabila tampil berhijab dan memakai uniform sekolah dalam drama terbaru bertajuk Hilang Dalam Rindu. Dalam drama tersebut Tracie memegang watak sebagai Aira.
Tracie sememangnya sebelum ini sering disamakan dengan wajah pelakon Mira Filzah, namun apabila mengenakan tudung penampilannya ini menjadikan dirinya seperti pasangan kembar buat Mira. Sebelum ini Tracie juga pernah berlakon bersama Mira.
Sekadar info, Tracie memulakan kerjaya seninya apabila dinobatkan sebagai juara juara Dewi Remaja 2021/2022 sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM 10,000 dan sebuah trofi. Kerjaya lakonan beliau bermula apabila ditawarkan membintangi drama Imam Instant Ustazah Scammer dengan membuat penampilan khas.

Perkongsian gambar-gambar ini telah menerima lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Drama yang mempunyai 20 episod ini bersiaran di saluran TV3 dalam slot Samarinda dan Tracie merupakan teraju utama.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN- > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang menyatakan wajah Tracie sama dengan wajah Mira apabila bertudung. Antara komen-komen yang diberikan :
” Sebiji macam Mira Filzah.. Ni kalau berlakon dgn mira filzah dua ii bertudung mmg susah nak cam siapa mira siapa yang tracie sebab ibarat kembar yang terpisah .. “
” Dia pakai tudung sebiji Mira filzah .cantik sgt.. Cantiknya nama Aira Nadira.. Support drama hilang dalam rindu.. “
” Terus lagi sama sangat mcm Mira bila pakai tudung. Jari Tracie cantik betul.. Cantiknya lamanya tunggu isnin eps 6.. “
” Akhirnya dapat jugak tgk tracie pakai tudung.. Dah lama tggu nak tgk traciesinidol_official pakai tudung! Extra cantikkk .. “
” Cute sangat sebijik mcm mira.. Lama lama tengok dah macam mira filzah dah.. rindu zaman skolah dulu2. Terlalu syantikkk ayu manis semua ada.. “
” Ingat Mira filzah rupanya crush ku tracie sinidol.. Uiyooo comel akak pakai tudung.. Nampak Comel tracie yee budak sekolah 17.. “
” Mula2 nampak pikir c mf suda tadii ainahhh cumilll jak bertudung ahaha.. Ok nak pi sekolah balik.. Mcm Mira filzah. You & Mira really look like twins.. “
Semoga Tracie terus melangkah gagah dalam kerjaya seninya, memperkaya industri hiburan tanah air dengan bakat yang dimilikinya. Dengan sokongan peminat dan usaha yang berterusan, tidak mustahil namanya akan terus bersinar di persada seni tempatan mahupun antarabangsa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tracie Sinidol, Mira Filzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

