Artis / Selebriti
” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
Video Amira Othman mengalunkan surah Al-Insyirah raih pujian ramai. Sedap sungguh suara Amira mengaji. Comel sangat Amira pegang perut sambil mengaji. Ada berita baik ke tu Kak Long, hehe..
Amira Othman antara artis wanita yang bersih daripada sebarang kontroversi sewaktu zaman bujangnya. Amira dikenali kerana karakter muslimahnya yang lemah lembut dan sangat menjaga batas serta pemakaiannya ketika berada di khalayak ramai.
Selain kebolehan menyanyi, Amira juga pandai mengaji. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amira membacakan surah Al-Insyirah. Amira membaca surah tersebut dengan bacaan yang berlagu dan sedap didengar.
Memetik komen warganet, suara Amira mengaji memberikan satu ketenangan untuk pendengar. Tidak hanya cantik pada rupa, Amira juga diterapkan dengan ilmu agama yang bagus oleh kedua ibu bapanya sejak kecil. Tidak jemu warganet mendengar bacaan oleh Amira itu.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah ketika Amira memegang perutnya seperti ada ‘sesuatu’. Mungkin iya atau mungkin juga tidak, namun warganet mendoakan segala yang terbaik untuk kehidupan Amira bersama Fattah Amin dan keluarga mereka.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sebab ape dia kekal tenang?Sebab dia pernah bagitahu dari sebelum kawin dgn fattah lagi..dia hanya bersandar pada Allah s.w.t..tidak pada manusia..ilmu tauhid dia sangat tinggi,dia sgt yakın dengan perjalanan hidup dia yg Allah da susun..walau diserang bertubi2 bagi dia itu juga susunan dari Allah.. “
” Subhana Allah, merdunya suara Mira. walaupun ada bacaan dan makrajnya yang tersasar sikit, tapi mira berani terima teguran dengan hati terbuka.. “
” Sedap suara Amira .. I non muslim but I suka lantunan suara dia mcm sejuk je dgr.. Fattah yang sabar, Amira yang tenang.. “
” Saya suka dgn Amira sbb saya rasa satu ketenangan yg ada pada dia. Suara dia, muka dia dan karakter dia.. MashaAllah untung Fatah.. “
” MasyaAllah suka tgk post mcm ni..sejuk hati 10 Ramadan terakhir sebak rasanya.. Moga Allah sntiasa permudahkn sgala urusan amiraaothman sntiasa dlm perlindungan dan rahmat Allah. masyaAllah sedap dan soothing suara dia.. “
” Masyaallah sedapnyaaaa suara amiraaothman lembut, mendayu . Pandainya Amira mengaji n hafal surah panjang mcmni. Ya Allah kagumnya , serious sgt kagum dgn kak long.. “
” Ni baru betul one in milion..beautiful inside n out Amira masyaAllah.. Sedapnya suara.. Omeyyyyy je sambil mengaji sambil pegang perut. semoga dipermudahkan… Doa yg baik2 yaaaa semua.. “
Satu bacaan yang lunak dan merdu daripada Amira untuk semua pendengar. Comel melihat Amira memegang perutnya ketika ingin menghabiskan bacaannya itu. Semoga yang baik-baik untuk Amira dan didoakan agar Amira berbahagia selalu bersama insan tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

