Connect with us

Artis / Selebriti

” Nekan nekan abang Lan eh. Terpaling function Abang Lan ni, sampai berpeluh Que.. ” – Komen Netizen

Video Lan Pet Pet menyakat Que Haidar dan Fazura ketika Meet and Greet buat warganet terhibur. Amboi Abang Lan, sampai sekotak tisu hulur bagi Que. Berdebar sangat tu Bang Jamil duduk sebelah Jamilah, hehe.. 

Kemeriahan Jakel musim 2026 diserikan dengan kehadiran para duta yang sporting dan sekepala. Jakel tidak silap memilih barisan dutanya untuk kempen raya tahun ini. Pelbagai ragam dan sketsa dapat dilihat sepanjang kempen Jakel ini berlangsung di media sosial.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Thekhayalan869 dan Instagram Jakel Textile, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Lan Pet Pet mengusik Que Haidar dan Fazura ketika sesi Meet and Greet Jakel bersama orang ramai di Sabah.

Que dan Fazura yang menjadi pasangan untuk mempromosikan busana raya Jakel ini seringkali menjadi bahan usikan rakan-rakan sekerja mereka ini. Kedua-duanya single dan ini membuatkan ramai di kalangan warganet mengenen-ngenenkan Fazura dan Que.

Menerusi video ini, kelihatan Lan Pet Pet menghulurkan tisu kepada Que sambil mengesat-ngesat baju Que. Fazura yang memerhati di sebelah hanya ketawa. Abang Jamil tidak hilang nervous apabila di samping Jamilah, mana lah tidak menjadi usikan Lan Pet Pet.

Jom tonton video di bawah :

@thekhayalan869

✨🔥🖤💖FAZQUE💖🖤🔥✨ Bila Abg Lan Pet Pet datang mengusik, tisu pun diberi satu “bundle” sebab ada yang berpeluh di sebelah Kak Faz 😆 Yang diusik makin kelam-kabut, yang di sebelah pula hanya mampu tersenyum malu. 🤍☺️ Music pun – 🥰🥰🥰 #QueLaFaz

♬ original sound – thekhayalan869 – thekhayalan869

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Sesuatu sangat Que Haidar dan Faz ni sama sepadan masyallah tabarakallah semoga Allah makbulkan doa2 kami utk anda berdua.. “

” Lagu main peranan betul, menekan nekan eh. Function teruk admin Jakel ni ya .. Eh, kita yang tengok ni pulok berdebor… Comei betui 2 sahabat lama ni.. “

” Hahhahha bukan main lg lagu.. comel betul 2 ketul ni.. nekan nekan abang lan eh. terpaling function bang lan ni.. suka menyakat.. “

” Setiap tahun kalau siapa yg single, boleh la jd model jakel. cmfirm sampai ke jannah jodohnya.. Lan pet pet ni mcm2 la haha.. “

” In Sha Allah dengan doa semua berakhir jua ke jinjang pelamin dan berkekalan bahagia hingga akhir hayat.jika tak berjodoh kekal serasi sebagai sahabat pun kami sentiasa sokong faz fatimah dan Que.. “

” Function terok abg lan, suka pulak tengok abg lan mengusik. Sampai berpeluh que eh, punya lah berdebar bila duduk sebelah faz.. “

” Semua sangat membantu ye haha.. nakal nakal betul duta Jakel tahun ni.. kita happy tengok depa happy.. Jakel pun bukan main menekan-nekan eh, haha.. “

Bukan main seronok Lan Pet Pet mengusik Que dan Fazura. Walaupun Que kelihatan macho tetapi tetap tidak hilang blushing apabila bersama Fazura. Semoga yang baik-baik sahaja untuk Que dan Fazura dan didoakan persahabatan mereka ini akan berkekalan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jakel, Tiktok Thekhayalan   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Mate Fit

Trending

Copyright © Berita Kopak