Artis / Selebriti
” Nampak nervous di situ. Muka nak lari pun ada. Apa pun mantap.. ” – Komen Netizen
Video Qawiy Aro terjah ngaji Hun Haqeem raih perhatian ramai. Wah, steady lah Hun walaupun nampak nervous. Sedap suara Hun mengaji..
Meninjau ke akaun Instagram Qawiy Aro, perkongsian sebuah video yang memaparkan Qawiy menerjah bacaan Al-Quran selebriti, Hun Haqeem telah meraih perhatian ramai. Qawiy menghampiri Hun ketika berada di dalam satu majlis.
PastinyaΒ berasa berdebar apabila diterjah oleh Qawiy kerana Qawiy suka mendedahkan ayat -ayat Al-Quran kepada orang ramai dan diminta untuk menyambung ayat. Sudah ramai selebriti Malaysia telah diterjah oleh Qawiy untuk mendengar bacaan Al-Quran mereka.
Kali ini giliran Hun Haqeem pula. Walaupun Hun dilihat agak nervous, namun Hun boleh membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan baik. Nampaknya semakin ramailah peminat Hun di kalangan wanita apabila meperdengarkan bacaan ayat suci Al Quran.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Hun juga turut berkongsi perkembangan terbarunya dalam karier lakonannya apabila ditemubual oleh Qawiy di akhir video.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Qawi cantik baju tu . Ada lebih tak saya nak beli . Macam oppa mengaji. Hebatnyeee la dua2 pun.. Ok, boleh jadi Imam.. “
” Aduh part batuk tu kelakor.. Telinga hun merah betul..nmpk dia segan+neves.. Haaaaa ini yg kita mahu..Β Oppa ngaji doo.. “
” Nampak nervous disitu. Muka nak lari pun hado. Β pape pun mantuy.Β Hensem bethol han pakek songkok.. lupa ke? Kan ni Imam instant.. “
” Yeah…hun promote honey minta maaf.. muka ada senyum dapat surah senang.. Selebriti semua bagi yang senang je.. “
” MasyaAllah jodoh saya Hun haqeem.. masyaAllah alhamdulillah bakal imam saya.. Dah la nsem sora pun sedap.. Hun please jadi imam saya.. “
” Finally dapat Hun Haqeem tebuk surah. alhamdulilah. lama tunggu. sedap suara Hun Haqeem and Mashallah Handsome nya dia.. “
” Yang cakap asal dia dapat surah senang Β haish la korang ni konten ni bukan nak malukan orang atau tengok level ngaji dia tahap mana Β konten ni untuk mengaji je pendek ke panjang janji mengaji .. “
Nampaknya Hun telah lulus ujian tebuk ngaji oleh Qawiy. Agak-agaknya selepas ini siapakah selebriti lain yang akan menjadi pilihan Qawiy untuk ditebuk ngaji. Content sebegini sememangnya sangat bagus dan memberikan inspirasi untuk cintakan Al-Quran.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Qawirayo
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


