Artis / Selebriti
” Nampak muda betul maknya, cantik macam pelakon hindi.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Izara Aishah Bersama Ibunya Raih Perhatian Ramai. Wah Cantik Dan Awet Muda Ibu Izara. Nampak Macam Kakak Dan Adik Sahaja !!
Bersempena sambutan hari Ibu yang berlalu beberapa hari lepas, Izara telah memuatnaik beberapa keping gambar bersama ibunya yang tercinta di akaun Instagram miliknya. Perkongsian Izara ini telah meraih perhatian ramai peminat Izara.
Ini kerana ramai terpesona melihat kecantikan ibu Izara yang merupakan seorang berbangsa Pakistan. Walaupun sudah berusia, namun penampilan ibu Izara nampak lebih muda daripada usianya yang sebenar. Nampak seperti kakak kepada Izara.
Wajah ibu Izara nampak sangat klasik dan ada yang menyatakan persis pelakon Bollywood. Patutlah Izara merupakan seorang wanita yang cantik kerana ibunya juga sangat cantik. Kecantikan ibunya kini diwarisi pula oleh Izara dan anak-anaknya.

Perkongsian gambar-gambar ini telah menerima lebih 59 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik beberapa hari yang lalu. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Anak-anak Izara juga comel-comel belaka mewarisi kecantikan turun temurun.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan ibu Izara Aishah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Lawa sungguh mak dia.. Anak mix mmg cantik..sbb tu digalakkan kawin mix.. Aihh..maknya nampak lebih cantik & muda dari izara.. “
” Weii Mak dia ke…nape nmpk muda bapakkk laaa lawaaa.. Subhanallah cantiknye mak izzara.. izzara n ank² nye pun cantik² belako.. kurniaan Allah.. “
” MashaAllah.. tentu keluarga nya cantik2 belake. Bertambah cantik kalau bertutup mcm Izara. Alhamdulillah Anugerah Allah swt Cantik sekeluarga.. “
” Cantik sgt dan nnpak muda sgt.. awet muda dan klasik.. Jap.. mana satu mak mana satu anak ?muka izara sebiji ibu ,cantik ,anggun.. “
” Mcm adik n kakak je tgk..lawa dua2.. Hitam lagi rambut maknya,,,aku pun dah beruban.. Nmpk muda mak nya.. cntikkk.. mcm pelakon hindi.. “
” Bukan mak ni..kakak dia kot awet muda btui . Syukur Alhamdulillah anugerah terindah daripada Allah SWT Aamiin.. “
” Awet nya muka beliau.. nampk baby face Alhamdulliah nye.. Cantik nya mak dia..oo..pakistan ye mak dia..ingat mat saleh.. izara pn cantik.. “
Izara jarang berkongsi gambar ahli keluarganya di media sosial. Apabila sesekali Izara berkongsi wajah ibunya, ramai yang memuji kecantikan ibunya. Semoga ibu Izara sentiasa dikurniakan badan yang sihat dan dipanjangkan umur. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Izara Aishah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

