Artis / Selebriti
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
Genap hari ke 7 kelahiran, Farhatul Fairuzah umum nama anaknya raih perhatian ramai. Alahai sedapnya nama baby, maksudnya pun bagus..
Meninjau ke akaun Instagram ustazah Farhatul Fairuzah, posting terbarunya telah meraih perhatian ramai. Ustazah Farhatul telah mengumumkan nama cahaya mata lelaki yang baru dilahirkan tempoh hari. Nama yang dipilih ialah Muhammad Fahim.
Genap hari ke tujuh hari kelahiran, ia merupakan sunnah rasullullah untuk nama bayi diberikan, kemudian dicukurkan kepalanya dan melakukan Aqiqah . Cukup sedap dan ringkas nama yang diberikan buat si kecil ini yang menjadi penyeri rumahtangga ustazah Farhatul dan suami.
Setiap ibu bapa pasti mengharapkan yang terbaik buat zuriat mereka. Begitu juga doa agar Muhammad Fahim kelak membesar sebagai generasi yang membawa cahaya Islam, meneladani akhlak mulia, serta menjadi penyejuk mata dan penenang jiwa.

Perkongsian ini telah meenrima lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nama Muhammad Fahim sendiri membawa erti yang cukup indah, menggambarkan seorang insan yang memiliki pemahaman cerdas, mudah mengerti, serta bijak dalam menilai kebenaran.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan kebaikan buat Fahim. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Sedap nama moga fahim mnjdi ank yg soleh.. Nama yg sdp dan mudah. Assalamualaikum Muhammad Fahim.. Sedapnya bau baby., “
” Tahniah Fairuzah dan suami…dianugerahkan cahayamata yg comel dan indah namanya. Semoga beliau menjadi anak yg Salleh.. “
” Alhamdulillah syukur. Tahniah ustazah dan suami. Semoga anakandanya menjadi anak soleh dunia akhirat. Aamiin.. “
” MasyaAllah..nama yg ringkas tapi cukup baik maknanya..teringat tokoh ilmuwan/ahli falak kita Haji Abdullah Fahim.. “
” Wah sedap namanya semoga menjadi anak yang soleh inshallah aminn pandai pilih nama.. jarang2 orang nak letak nama mcm kau dik .. “
” Moga muhammad fahim diberikan kefahaman yang mendalam dlm ilmu agama & menjadi wadah penyatuan umat Islam.. “
” Sama nama ank sy. tp ank sy dh 8 thn..hehe..semoga baby muhammad fahim menjadi ank soleh dan berjaya dunia akhirat..aamiinnn.. “
Alahai, comel dan sedap nama yang dipilih untuk si kecil ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga baby Muhammad Fahim membesar dengan sihat, menjadi seorang anak yang bijak dan berjaya di dunia serta juga di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG FarhatulFarizah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen

