Artis / Selebriti
” Nama padu betul Ustazah, macam mana lah Kak Long tahan gelak dengan nama tu.. ” – Komen Netizen
Video lakonan drama terbaru Amira Othman yang memegang watak Ustazah buat ramai terhibur. Amboi garang betul Ustazah ni, berbeza betul dengan perwatakan asal Amira. Tapi part nama Ustazah tu paling win. Eh, memang sesuatu sangat nama tu, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Amira Othman, perkongsian sebuah video yang memaparkan lakonan drama terbaru Amira Othman yang memegang watak sebagai seorang ustazah telah dikongsikan. Drama ini disiarkan di saluran Astro Go.
Dalam drama ini, Amira memegang watak sebagai seorang ustazah yang garang dengan nama ustazah Sharifah Al-Fattah. Mendengarkan nama tersebut membuatkan ramai warganet terhibur kerana nama tersebut seperti diambil bersempena Fattah Amin.
Walaupun hanya memaparkan beberapa sedutan drama dengan watak Amira yang garang, namun ia sangat menghiburkan. Watak ustazah Sharifah seperti betul-betul menjiwai buat Amira sehingga membuatkan ramai ingin menontonnya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lapan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Drama berjudul Ustaz G Major ini merupakan arahan Issey Fazlisham dengan membariskan beberapa pelakon termasuk penyanyi Khai Bahar.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Macam kena buat satu lagu telemovie. Tajuk ustazah sharifah. Haaa. On tak on? Ustazah Sharifah core tidak mengecewakan …part Habis Ayam kita tu comell .. “
” Tak apa kami okay klu ustazah nk marah2. Asalkan nama ustazah sharifah Al-Fattah.. Garang lah ekkk. Makan tebuan ke ustazah ni? “
” Ustazah garang pon takpe. Kami sanggup. Ya hanana ya hanana yer ustazah sharifah al fattah.. garang kaklong ek. Jrang tgk kaklong marahhh. Hahahah.. “
” Hahaha nama padu betul ustazah syarifah al fattahaminz.. dia marah or jeling pon comel eh.. Emmm baru lepas bagun tido sampai mimpi2 ler dapat kad Jemputan kawen kak long gn abglong.. “
” Nama ayah ustazah pun mmg meminta sgt Al fattah.. Amazing acting skill kak long.. mmg nm ayah ustazah syarifah ni Al Fattah ek..kena.. kena.. kena.. “
” Macam mana la kaklongg tahan gelak dgn nama sharifah al-fattah ni erk? Hahahaha. Yg penting comel la kaklongg .. Tacod mcm kita yg kena marah tpi in real life mmg tenangg chill saja.. “
” Ustzah Syarifah Al Fattah !! Awk marah tak menakutkan pon.. comel ja bah abg Fattah pernah kena marah mcm ni ke ?? TANYAAA JEEE .. “
Bukan selalu Amira membawa watak yang garang seperti ini. Ternyata Amira sememangnya seorang anak seni yang berbakat dalam bidang lakonan dan juga nyanyian. Semoga Amira Othman terus berjaya dalam dunia hiburan tanah air. Agak-agaknya Fattah tersedak tak dengar nama dia diseru beberapa kali, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Amira Othman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

