Artis / Selebriti
” Nak tahulah di usia 5 tahun, macam mana awalnya dia mengenali Lee Zii Jia? ” – AG Azmeer
Ini Respon Hairul Azreen Tentang Perkenalan Awal Anaknya, Alisa Aisyah Dengan Pemain Badminton Negara, Lee Zii Jia. Wah Patut Lah Alisa Minat Betul Dengan LZJ. Tapi Part Akhir Tu Lain Macam Permintaan Fafau, Haha !!
Meninjau ke akaun Instagram Hotfm, perkongsian sebuah video ketika temubual menerusi telefon bersama pelakon Hairul Azreen di Konti Hot FM telah meraih perhatian ramai. AG Azmeer, Fara Fauzana dan Johan Raja Lawak beminat dengan perkongsian Alisa yang amat meminati pemain badminton negara iaitu Lee Zii Jia.
AG telah bertanya kepada Hairul bagaimana Alisa yang masih kecil boleh mengenali Lee Zii Jia. Menurut Hairul, Lee Zii Jia sering ke rumah mereka ketika itu usia Alisa masih 3-4 tahun. Dari situ Alisa mula mengenali Lee Zii Jia dan mengidolakannya.
Menurut Hairul lagi, Lee Zii Jia merupakan rakan baiknya dan disebabkan itu mereka sering bertemu. Mendengarkan perkongsian itu, Fafau sempat lagi mengusik Hairul agar memperkenalkan Lee Zii Jia kepadanya. Wah, sempat lagi Fafau nak menggunakan ‘cable‘ yer, hehe.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 3 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampaknya Fafau kena berebut dengan Alisa jika ingin berkawan dengan Lee Zii Jia, hehe. Part Alisa melukis gambar Lee Zii Jia pun sudah nampak penuh kasih sayang kepada idolanya itu.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Alisa tahu tak diaorg buat uncle LZJ dia sedih sampai menitiskan air mata masa interview Alisa jgn lupa pujuk uncle LZJ tau.. “
” Ambik kesempatan, mana tau dpt jemput ke konti Hotfm .. Jom kite buat meet and greet LZJ kat rumah HA….. FAFAU boleh jadi host nye.. “
” Sempat lagi fafau buat hal .. Ehh jangan fara,lee zi Jia tu alisya punyee.. Fafau tak pernah di jemput ke rumah HA ke? Kata kawan jugak .. “
” Jangan tak tau.. Alisa tu fangirl terpaling bertuah.. kite2 ni tgk kat tv je, dia tggl angkat call, LZJ datang rumah.. lagu punn main peranan la.. “
” Tu yg abg johan perempuan xpernah salah.. ayat farah last tu kami approve. Farah x pernah x lawak.. budak kecik pun suka LZJ.. “
” Aduh… sempat lagi si Fafau ni.. Lagu dia on point.. ayat² Farah last tu kan kami approve.. kreatif betui si alisa ni.. alisa punya tu.. “
” Tu tandanya perempuan selalunya betul.. nak kawan dgn Lzj jugak….cmne tu Hairul?..tlg add sy dlm group whatsapp korg.. “
Jadi terjawab sudah bagaimana Alisa boleh mengenali Lee Zii Jia sehingga begitu meminatinya. Lee Zii Jia juga nampak suka melayan kanak-kanak ketika bertemu Alisa tempoh hari. Agak sukar buat Fafau untuk bersaing dengan Alisa, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hotfm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen

