Artis / Selebriti
” Nak sangat tak nak nampak rambut kan, sekali kopiah dia letak, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Shashic Iewan membetulkan rambut yang terkeluar daripada tudung isterinya, Filzah Azmi buat ramai terhibur. Part last sekali tu berdekah gelak, tak terkata Filzah bila Shashic buat macam tu. Memang cari pasal lah Shashic ni, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik Filzah Azmi, telah dikongsikan video yang memaparkan Filzah sedang makan. Pada ketika itu, sedikit rambut Filzah terkeluar daripada tudung dan Filzah meminta suaminya, Shashic Iewan untuk membetulkan rambut dan tudungnya.
Shachic datang dan membetulkan rambut Filzah dengan memasukkannya kembali ke dalam tudung. Namun, apa yang mencuit hati adalah telatah Shashic menyakat isterinya. Ada sahaja gaya tudung yang dibuat oleh Shashic dan Filzah juga tidak dapat menahan ketawa.
Setelah selesai membetulkan tudung, Filzah seperti tidak puas hati kerana merasakan bahagian tudung hadapan seolah-olah masih menampakkan rambutnya lagi. Tidak disangka, Shashic telah mengambil kopiahnya dan meletakkan di atas tudung Filzah agar rambut Filzah tidak lagi kelihatan.

Perkongsin video ini telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan pasangan suami isteri ini sangat kelakar. Rata-ratanya begitu terhibur dengan apa dlakukan oleh Shashic kepada Filzah. Sehingga kini, video Shashic menyakat Filzah menerima ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan terhibur melihat telatah pasangan suami isteri ini. Antara komen-komen warganet adalah :
” Nak sangat tak nak nampak rambut, sekali kopiah dia bagi, haha.. Aku memang tak boleh betul dengan diorang ni.. Kelakar tengok, haha.. “
” Aku kalau tengok 2 orang memang tak pernah la tak gelok besor… Nasib dia tak pakaikan helmet tauuuu… Hahahhahahahahahaha… Adoiii make my day la.. “
” Dengan aku sekali jerit part air liur hahahahha.. Tingtong betul lah Shashic oiiii, hahahaha.. Kesian kt wife ko.. Hahhaa ada je nak akal nak kenakan wife.. “
” Terus jadi imam masjid member, hahahaha.. Hahhaa panggil nak minta tolong, sekali member terkena.. Hahaahaha lawak2.. “
” Tok laki Sis terkejut Sis tetiba tergelak kuat, hahahha.. Depa ni lahhh memang kelakar.. Sesuai sangat dah lah kahwin, hahaha.. “
” Aku tak boleh lah dua orang ni, hahaha.. Banyak sangat bunyi kan, itu tak kena, ini tak kena.. Sekali kopiah dia letak kt kepala, senang, rambut dah nampak.. “
” Nasib baik tak bawa keluar helmet, hahaha.. Kahkah ni fesyen tudung terbaru ke Shashic, hahaa.. Pandai ko kenakan isteri kan, haha.. “
Berdekah Filzah gelak apabila Shashic meletak kopiah atas tudungnya. Mesti Filzah tidak sangka Shashic akan buat seperti itu. Memang tak kering gusi kalau menonton video pasangan suami isteri ini, ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati. Apa-apa pun, semoga Shashic dan Filzah terus bahagia bersama serta rumahtangga mereka akan kekal sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG filzahazmi, TikTok kakjoooo
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti1 day ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

