Artis / Selebriti
” Muka brutal, mesti pailang time ni. Dari cincin aku dah tahu kau memang lawak dari dulu.. ” – Komen Netizen
Muatnaik Gambar Kenangan Bersama Rakan-Rakan Ketika Zaman Persekolahan, Perkongsian Jep Sepahtu Raih Perhatian Ramai. Muka Budak Nakal Sangat Ni Jep. Cincin Tu Legend Betul, Dari Jauh Lagi Dah Nampak, Hehe !!
Jep Sepahtu boleh dikatakan antara pelawak yang berjaya dan terkenal di seluruh pelusuk negara. Karakter Jep yang suka menghiburkan hati semua orang di sekelilingnya dengan jenaka spontan membuatkan figura ini disayangi dan disegani ramai.
Meninjau entry di akaun Instagram Jep Sepahtu, telah dkongsikan sekeping gambar throwback yang memaparkan Jep bersama rakan-rakan sekolahnya. Mereka semua berada pada zaman sekolah menengah berpandukan kepada warna seluar yang dipakai.
Di ruangan kapsyen pula, Jep menulis berbunyi ‘ SMKSI Kulai ramai legend terlahir di sini ‘. Satu persatu wajah di dalam gambar itu diperhatikan oleh warganet dan masing-masing dapat meneka yang mana satu Jep di antara ramai-ramai itu.

Dapat dilihat Jep ketika remaja dengan imej rambut pendek dan pacak. Pada waktu ini juga, Jep sudah kelihatan pandai bergaya. Jam tangan menghiasi anak muda ini dan pada jari Jep juga kelihatan seakan sebentuk cincin. Amboi besar betul cincin yang dipakai oleh Jep, dari jauh sudah dapat dilihat dengan jelas.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 60 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dia sorang je ada cincin, besar gedabak pulak tu haha.. Nampak muka membahan dah masa ni.. ”
” Bukan cincin tu, selotape dilekatnya ke jari.. adoi Jep dari zaman sekolah memang nakal eh.. ni gangster sekolah haha.. ”
” Amboi cincin dia, cincin abang besar haha. kat jari tu tasbih digital ke bang jepsepahtu ?? alhamdulillah ya Allah hehe.. ;;
” Nampak bau samseng skit2 ni, samseng romeo hehehe.. Siapa sangka jutawan sekarang. budak nakal dekat sekolah.. ”
” Jep mesti yg tgah ddok depan tu kan jam biru gelap tu.. Patut susah kena tipu , rambut spike.. ”
” Muka brutal, mesti pailang time ni.. Beso cincin kau Jep, dari jauh dah nampak haha. Dari cincin aku da tau kau mmg lawak dri dlu.. ”
” Pergh ingatkan Norman KRU tadi. Handsome teruk abang Jep. Rambut duri gitu memang lejen.. ”
Berbagai komen diberikan oleh warganet setelah melihat perkongsian oleh Jep itu. Yang pasti, ‘cincin’ di jari Jep itu paling lagend. Tuannya pun handsome dan sudah tentu menjadi kegilaan ramai. Semoga persahabatan Jep dan kawan-kawannya yang lain tidak akan terputus dan selalu berhubungan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jep Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen

