Artis / Selebriti
” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
Ernie Zakri mohon maaf dan dedah kejadian sebenar situasi mencemaskan ketika tiba-tiba mendapat panggilan untuk segera kembali ke ABPBH37. Yang kecam cakap Ernie tak hormat majlis tu boleh tengok ni..
Pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian 37 semalam menyaksikan Ernie Zakri diangkat sebagai Bintang Paling Popular ABPBH37. Kejadian yang tidak disangkakan terjadi dan ianya menjadi sorotan media apabila Ernie tampil dengan cukup simple di atas pentas.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Ernie Zakri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kejadian sebenar yang terjadi semalam. Ernie pada ketika itu sudah pun keluar dari dewan dan berada di dalam kereta untuk ke kedai makan. Sebelum itu, Ernie sudah meminta izin untuk pulang kerana tugasnya telah selesai.
Ernie mendapat panggilan daripada seorang kenalannya mengatakan Ernie perlu kembali semula ke dewan kerana tercalon untuk anugerah Bintang Paling Popular. Ernie diminta kembali dengan kadar segera dan keputusan diambil untuk ke sana dengan memakai pakaian biasa yang Ernie pakai ketika itu.

Ernie berlari secepat yang boleh untuk sampai ke dewan hotel. Tercungap-cungap Ernie sewaktu sampai dan dia di bawa ke dewan untuk duduk bersama rakan artis lain. Itu lah rentetan peristiwa yang terjadi sehingga Ernie naik ke pentas untuk menerima anugerah berprestij itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tahniahhhh Ernieee, tidak sangka beliau sebenarnya atlet 100 meter.. Perjalanan panjang untuk seorang Ernie Zakri.. Dgn dgn aku nangiss smlm, mak ingt ko panic attack, rupanya marathonn.. “
” Nasib baik rakam, mahal moment ni.. sumpah laju giler ernie lari….. perrrhhhhh terbaikkkkkkkkk lahhh.. Penerima Anugerah Paling Rare Sejarah ABPBH37. Seluar Palazo tu sy suka. Tahniah Adik.. “
” Aaawwww masyaAllah sebak n seronok tengok ur winning.. super proud of you she-Nie .. TAHNIAAHHhhhhhhhh YOU DESERVE IT .. “
” Nak menitis air mata tengok. Betapa Ernie berjuang tak pernah henti dari bertahun tahun sejak dulu buat yang terbaik. So proud kak Ernie & keluarga kecil terutamanya. Semoga hepi selalu, terus berkarya dan semakin bersinar selamanya.. “
” Congratulations erniezakri masyallah kenangan hebat tengok situasi ni.. Champion, you deserve it. U are such a humble person indeed.. “
” Tahniah Ernie, paling sempoi. Kenangan yang akan terpahat dalam memori Ernie. mana nak cari pemenang ABPBH berlari sampai tercungap macam ni.. “
” Nasib baik Abang sudyrtahir call. Moment yg iconic, bakal jadi nostalgia, dan sejarah dalam ABPBH dan karier Ernie Zakri. Bintang Paling Popular ABPBH37. Rezeki tak pernah sesat jalannya,dan usaha yang jujur… pasti sampai ke puncaknya. Tahniah Ernie.. “
” Tahniah Kak Ninie.. Betul orang cakap, jangan pernah hilang percaya, tuhan will give when the time is right.. Proud to be one of the Nators.. “
Ini lah kejadian sebenar yang terjadi semalam yang membuatkan Ernie kelihatan sebegitu di pentas ABPBH. Apa-apa pun, ada hikmahnya setiap apa yang terjadi. Ernie menjadi pemenang ABPBH pertama yang sempoi bajunya dan akan menjadi kenangan terindah selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ernie Zakri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti2 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen

