Artis / Selebriti
” Moga abang reply WhatsApp.. ” – Fara Fauzana
Ucapan Selamat Hari Lahir Daripada Stesen Radio Hot FM Kepada Anuar Zain. Namun Komen Fara Fauzana Dan Anuar Zain Raih Perhatian Ramai. Alahai Mesti Happy Sangat Fafau Baca Komen Balas Daripada Anuar Zain Tu, Hehe !!
Siapa tidak mengenali penyanyi kacak iaitu Anuar Zain. Sudah berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi, Anuar yang juga adik kepada penyanyi Ziana Zain mempunyai ramai peminat yang sentiasa mengikuti perkembangannya sehingga ke hari ini.
Semalam, Anuar telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 54. Kalau dilihat wajahnya, pasti ramai menganggap jejaka ini mungkin masih berumur dalam lingkungan 40an. Meninjau ke akaun Instagram, pihak Radio H0t FM mengambil kesempatan berkongsi kapsyen ucapan selamat hari lahir kepada Anuar.
Namun apa yang mencuit hati adalah kapsyen tersebut seolah menyakat Anuar dan penyampai radionya, Fara Fauzana dengan mengatakan yang Fara sudah menghantar ucapan hari lahir menerusi aplikasi WhatsApp untuk Anuar. Bukan itu sahaja, di ruangan komen, Fara berseloroh mengatakan dia berharap Anuar akan membalas WhatsApp yang dihantar olehnya.

Tak disangka, Anuar memberikan respon di ruangan komen mengatakan dia telah membalas WhatsApp Fara dengan menghantar voice note. Sementara itu, di akaun Instagram Anuar sendiri, Anuar berkongsi video memberikan ucapan terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Anuar Zain. Antara ucapan-ucapan yang menarik adalah :
” Amboi handsome nya.. Selamat hari lahir abang Anuar Zain.. Semoga terus dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan berjaya dunia akhirat.. “
” Love you toooooo happy birthday kami doakan baik baik selalu untik birthday boy ni.. Sihat2 selalu, bahagia dalam hidup.. “
” Happy birthday kembar sama tarikh lain tahun.. Saya gembira dapat share tarikh birthday dengan abg.. Semoga abang anuar notice comment n, hehe.. “
” Happy Birthday si handsome.. Semoga Allah limpahi dgn rahmat dan luaskn rezeki, dipermudahkan urusan, in shaa Allah.. “
” Happy birthday abg Nuar.. Semoga panjang umur murah rezeki, sihat sentiasa.. Love you toooo.. Huhu.. Dari dulu smpai sekarang maintain je handsome.. “
” Manisnya tengok Anuar Zain senyum.. Cair dengar ucapan terima kasih untuk peminat.. Happy birthday Anuar Zain.. “
” Happy birthday Anuar Zain.. Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.. Love you to more, hehe.. Muahhh.. “
Komen Anuar dan Fafau :

Amboi Fara kalau tak menyakat Anuar memang tak sah. Mungkin ramai mengetahui yang Fara merupakan antara peminat setia Anuar. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Anuar. Semoga Anuar terus diberikan kesihatan yang baik serta maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976, anuarzainnetwork, therealfafau
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen



