Artis / Selebriti
” Minggu 3 nyanyi lagu ni, mahu kena sediakan tisu sekotak.. ” – Netizen

Video Sesi Latihan Adik Amir Untuk Konsert Minggu Ketiga The Choosen One Raih Perhatian Ramai. Wah Tak Sangka Adik Amir Bawa Lagu Ni, Meleleh Air Mata Lagi Laah Nampaknya !!
Meninjau ke satu akaun TikTok waheedafazira, perkongsian sebuah video yang memaparkan sesi latihan nyanyian adik Amir bersama coachnya, Putera Muhammad telah meraih perhatian ramai. Adik Amir menyanyikan lagu berjudul Cinta Sampai M4ti, nyanyian asal Kangen Band.
Video ini dikongsikan bagi menjawab pertanyaan seorang netizen yang ingin mengetahui lagu apakah yang akan dibawakan oleh Amir untuk konsert minggu ketiga dalam The Choosen One. Nampaknya lagu yang dibawakan oleh Amir ini juga sangat sesuai buat Amir.
Amir menyanyikan lagu ini dengan gayanya yang tersendiri. Amir memberikan vibes yang berbeza daripada versi asal lagu ini. Pastinya ramai penonton akan mengalirkan air mata juga untuk konsert ketiga nanti. Baru dengan sedikit nyanyian Amir pun dah rasa tersentuh.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 5 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Setiap minggu sememangnya ramai yang menantikan persembahan Amir kerana Amir merupakan peserta kegemaran ramai dan ada aura yang tersendiri.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video di bawah lambat keluar ):
@waheedafazira Replying to @alias_jebat84 Cinta Sampai Mati utk minggu ke-3 nanti ❤️ #puteramuhammad #thechosenone #amirsisi #mingguke3 #dengarkanlahdisepanjangmalam
Di ruangan komen, ramai yang tidak sabar menanti konsert minggu ketiga. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Tak sabar nak tengok minggu depan.. pasti best.. awk nyanyi dua patah perkataan pun dah bt abg nanges dek, dik… suara awk ni kan… tk kisah apa pun lagu…. mata mesti berair.. “
” Semoga adik Amir berjaya minggu ke 3 ni.. teruskan adik Amir ada aura tersendiri… adik Amir buat yg terbaik.. Masha Allah sedap betul suara adik amir.. “
” Andai lagu ni Amir bwk mggu ni nti.. meletup lglh nmpk gayanya.. Nak berharap sgt pun tak boleh jgk, tapi aku harap jugak la adik amir ni yg johan dlm the chosen one nih.. “
” Dah lama tak dgr suara yg sedap mcm ni tak payah terjerit² pn.. adik Amir aura tersendiri.. habislah dik ….minggu 3 ni nyanyi lagu ni … mahu kena sediakan tisu sekotak.. “
” MasyaAllah.. baru smlm dgr lagu ni n terfikir if Amir bawa lqgu ni mesti lagi mendayu… best.. mgu ketiga jom pakat sama² sediakan mangkuk.. tadah air mata masing².. huhuuu.. “
” Semoga adik Amir terus berjaya…tahniah buat cikgu2 dan semua yg tlh berjaya cungkil bakat adik Amir….terbaik.. LENGGOK NASYID.. “
” MasyaAllah dik sedap sungguh suara anugrrah Allah bagi.. Acik tggu ye Amir..lepas tonton chosen one tgk amir perform,Acik tido terus.. kdg Acik lelap depan TV pastu Laki aci kejutkan.amir perform.. “
Wah, pastinya ramai tidak sabar menantikan persembahan Amir pada minggu ketiga. Semoga Amir dapat memberikan persembahan yang terbaik pada minggu ketiga nanti. Semoga kejayaan juga menjadi milik Amir. All the best buat Amir.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok Waheeda Fazira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen