Artis / Selebriti
” Mesti dia ingat peminat yang jerit-jerit nama dia, tu yang dan-dan buat macho tu.. ” – Datin Alyah
Video Datin Alyah memanggil Tok Ram di sebuah stesen minyak buat ramai terhibur. Penat panggil, last last tak tengok pun, bersabar lah Datin. Kapsyen Datin Alyah pun kelakar, haha..
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Datin Alyah, telah dikongsikan video yang memaparkan Datin Alyah merakam telatah suaminya, Dato’ Ramli MS atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ram di sebuah stesen minyak. Menerusi video itu, kelihatan Tok Ram sedang mengisi minyak keretanya.
Namun, apa yang mencuit hati adalah telatah Datin Alyah memanggil suaminya dengan panggilan ‘ Tok Ram’ . Berkali-kali Datin Alyah memanggil Tok Ram, walau bagaimanapun Tok Ram tidak mendengarnya. Tulis Datin Alyah di ruangan kapsyen mengatakan kesian kepada Tok Ram kerana walaupun famous, Tok Ram memiliki masalah pendengaran.
Seloroh Datin Alyah lagi, adakah Tok Ram menyangka suara memanggil namanya itu adalah daripada peminat. Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan terhibur mendengar cara Datin Alyah memanggil Tok Ram.

Usik warganet kepada Datin Alyah, Tok Ram sengaja tidak mendengar Datin Alyah memanggilnya kerana sudah tahu isterinya pasti akan mahu menyuruh dia membeli apa-apa. Bukan itu sahaja, ada peminat mengatakan Tok Ram seorang yang setia kerana tidak melayan suara wanita yang memanggilnya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur mereka selepas menonton perkongsian video oleh Datin Alyah ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sebab dia tahu panggil bukan panggil kosong tu.. Panggil nk kirim mcm2, haha.. Panggil Abang Sayanglah Datin.. Confirm auto dengar, haahaha.. “
” Panggil la nama tu bermelodi. Mesti dia dgr note or pitching tak kena baru dia pandang, HAHAHAHA.. Lawak lah video ni.. “
” Cer jerit kanda ke.. Syg ke.. Jgn Kate Tok Ram.. 1 Petronas pandang ooo.. Lps tu nnt dia ckp apasal jerit²,call kan senang.. “
” Tok Ram da fhm perangai isteri dia. Bila jerit seru nama dia.. Mesti ada pesanan. Tu yg dia buat dek aje, baik lari, hahaha.. “
” Hahahaha.. derhaka ko, Datin.. Tergamak kau panggil suami kau pekak, ahhahahaa.. sabooo je ee laaa yea.. Call lagi senang Datinnnn.. “
” HAHHAHA tok ram ni sengaja ekk.. Kbiasaannya saje bt pekak sbb dh tahu asal bhenti je nk beli , beli je time bhenti .. “
” Hahahaha… Bukti dah dia tak layan sapa pun. Selamat datin.. Apa pun suka tgk Dato & datin. Lurveee sangat tengokkkk.. “
Perkongsian Datin Alyah mencuit hati ramai. Rasanya Tok Ram memang betul-betul tak dengar dan bukan buat-buat tak dengar. Apa-apa pun, semoga Datin Alyah terus bahagia bersama Tok Ram dan anak mereka, Nur Izzara dan hubungan rumah tangga pasangan ini terus kekal hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baru je nak bahan Dato’, sekali kena balik. Tak boleh simpan rahsia Dato’ Aliff ni, haha.. ” – Komen Netizen

