Artis / Selebriti
” Meremang bulu roma dengar Pak Nil mengaji, sedap.. ” – Netizen
Video Datuk Haji Aznil Haji Nawawi Mengaji Dalam Rancangan Geng Ngaji Raih Pujian Warganet. Wah Meedunya Alunan Suara Paknil Mengaji. Ustaz Tarmizi Pun Kagum Dengan Bacaan Pak Nil, Terbaik Lah !!
Meninjau di akaun Instagram milik mysalammuslim telah dikongsikan satu video yang memaparkan Datuk Haji Aznil Haji Nawawi bersiaran sedang live dalam rancangan Geng Ngaji bersama pengacara rancangan tersebut iaitu Fakhrul UNIC, Ustazah Sofizah Mousin dan Ustaz Tarmizi.
Menerusi video itu, Datuk Haji Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil membaca surah Al-Kahfi ayat 18. Pada awal video, Pak Nil berborak bersama ketiga-tiga pengacara rancangan Geng Ngaji dan bertanya mengenai kisah surah Al Khafi sebelum memulakan bacaan.
Pak Nil sempat mempromosikan set mikrofon dan speaker yang digunanya untuk dijual. Meskipun dalam membuat lawak sehingga Ustaz Tarmizi, Fakhrul dan juga Ustazah Sofizah tidak henti ketawa, bacaan surah Al-Kahfi oleh Pak Nil membuat ramai penonton menjadi kagum.

Ada yang memuji suara Pak Nil mengaji merdu didengar. Malah perkara itu turut diakui oleh Ustaz Tarmizi, Fakhrul dan Ustazah Sofizah. Hingga kini, video Pak Nil mengaji menerima ratusan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada warganet mengatakan suka mendengar bacaan surah oleh Pak Nil. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Meremang bulu roma dengar Pak Nil mengaji, sedap.. Terima kasih Pak Nil atas nasihat yg diberikan semoga kita sentiasa istiqamah.. “
” Cantik bacaan Pak Nil.. Acik terpegun .. Hebat .. Alhamdulillah serba boleh. Hahahak Pak Nil memang penghibur betul.. “
Merdu sungguh alunan suara Pak Nil mengaji. Benar lah apa yang dikata, Pak Nil ni serba boleh. Sepanjang bulan Ramadan, rancangan Geng Ngaji ini akan berkongsi bacaan surah Al Kahfi oleh selebriti tanah air dan antaranya adalah Dato’ Haji Nash, Harris Annuar, Namie dan lain-lain lagi.

Untuk sekadar info, Pak Nil merupakan seorang pengacara, pengarah, pelakon dan penyanyi. Pak Nil sudah berkecimpung dalam dunia pengacaraan lebih puluhan tahun. Pak Ni memulakan kerjaya penyiaran sebagai penyampai berita dan wartawan di rangkaian televisyen swasta Malaysia TV3 pada tahun 90-an.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mysalammuslim, aznilnawawihm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen



