Artis / Selebriti
” Mereka ni saling menyakat antara satu sama lain. Suka tengok, bersemut dan sweet sangat.. ” – Komen Netizen
Video moment romantis Ezwan Zain dan Erra Fazira ketika memotong pulut kuning di Majlis Resepsi mereka curi perhatian warganet. Alahai sweetnya masing-masing menyakat masa suap pulut tu. Siap menyanyi bersama-sama atas pelamin lagi..
Sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini, majlis resepsi Erra Fazira dan Ezwan Zain akan diadakan pada 13 Disember. Majlis ini sudah beberapa jam berlangsung dan pasangan mempelai tampil mengenakan busana songket yang menawan dan eksklusif rekaannya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Erra dan Ezwan menyempurnakan acara memotong pulut kuning. Selalunya pasangan pengantin akan memotong kek perkahwinan tetapi berbeza untuk Erra dan Ezwan.
Telatah pasangan mempelai saling menyuap pulut untuk satu sama lain membuatkan ramai yang tersenyum sendiri. Terpancar wajah kegembiraan pengantin baru kerana majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Pada majlis ini juga, beberapa rakan artis menghiburkan tetamu dengan nyanyian mereka.

Menerusi perkongsian di akaun Era, dapat dilihat gelagat Erra dan Ezwan menyanyi bersama-sama di atas pelamin. Ketika itu, Siti Nordiana dan Iskandar sedang menyampaikan lagu Gurindam Jiwa. Naqiu pula menyampaikan lagu Cinta Abadi ketika acara memotong pulut kuning.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Betul betul Perkahwinan Primadona Pengantin Erra Fazira & Saudara Ezwan mengikut tradisional orang Melayu dengan suapan Pulut Kuning bukannya Wedding Cake..Terbaik.. “
” Mereka ni saling menyakat antara 1 sana lain… Suka tengok.. ber semut… Sweet sangat… Semoga bersama ke Jannah .. selamat pengantin baru.. “
” Penat ek pipi dari semalam tersengih tengok pengantin baru ni. arini sambung sengih lagi. Sempat lagi pengantin lelaki miming ek.. so sweet kan kita org npn mcm terlena dgn keromantikanya pengantin.. “
” Manisss sngtt dua2 ni. penat la sengih dari semalam. sepadan dan sekepala sangat dorang berdua ni.. semoga kekal hingga jannah.. “
” Rasanya Mr E ni sangat loving dan so caring.. manis sampai sakit gigi dah aku rasa ni.. Apasal dorang yang suap, aku yang nganga.. tertib je.. “
” Aku pun tersengih sengih macam kerang busuk dekat sini haha.. semalam sengih, arini pun aku sengih. minggu ni minggu sengih.. happy tengok kesayangan kita kawin.. cantik sangat Erra.. “
” Aku pulak yang tersenyum-senyum sorang tengok kedua pengantin ni. alololoo so sweetnyaaa.. cair aku tengok.. keikhlasan terpancar.. “
Pastinya ramai yang tersenyum sendiri gara-gara melihat gelagat sweet Erra dan Ezwan ini. Romantis, suka menyakat dan sekepala, tumpang bahagia peminat melihat kegembiraan Erra bersama Ezwan. Semoga Allah rahmati dan dilindungi selalu perkahwinan Erra dan Ezwan dari sebarang hasad dan dengki.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

