Connect with us

Artis / Selebriti

” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen

Video YB Syed Saddiq bertanyakan soalan kepada Ustaz Azhar Idrus mengenai perkahwinan melibatkan keturunan Syed Sharifah curi perhatian warganet. Ilmu baru untuk yang tidak tahu, terang penerangan Ustaz Azhar. Part Ustaz Azhar menyakat YB tu kelakar. Blushing teruk YB, haha.. 

YB Syed Saddiq bersama Abuya dan Mamanya telah pun memenuhi undangan ke majlis kesyukuran rumah baru pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus hari ini. Kehadiran YB Saddiq disambut dengan mesra oleh Ustaz Azhar sekeluarga dan juga tetamu-tetamu lain.

Mengambil kesempatan bertemu murabbi ummah ini, YB Saddiq bertanyakan soalan mengenai kemusykilannya mengenai perkahwinan yang melibatkan keturunan Syed dan Sharifah. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Nizaa, telah dikongsikan suasana ketika YB Saddiq bersama Ustaz Azhar.

Banyak pertikaian mengenai perkahwinan Syed Sharifah dan ramai yang salah faham mengenainya. Menurut Ustaz Azhar, dalam sebuah perkahwinan itu ada disebutkan mengenai sekufu. Tambahan lagi, bab keturunan termasuk dalam 4 perkara yang dititikberatkan dalam perkahwinan.

Panjang lebar penerangan yang diberikan oleh Ustaz Azhar. Kesimpulannya, untuk seorang Syed, tiada masalah sekiranya dia ingin menikahi wanita yang tidak memiliki nama Sharifah. Keturunannya masih boleh diteruskan dan hukumnya adalah harus. Lega betul YB mendengar jawapan Ustaz Azhar itu.

Jom tonton video di bawah :

@nizaaa.abil_

“Sebab tu saya Tanya soalan ni ustaz 🤭 Fahammm😍 @Bella Astillah @Syed Saddiq #syedsaddiq #bellaastillah #fyp #trending #MuarSabah #bellasyedyes #couple #BASS #fypシ #fypage #fyppppppppppppppppppppppp Credit @stylefashionpv

♬ original sound – Niza 🤍✨ – Niza 🤍✨

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih 700 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Merah muka diaaa, blushing YB hehe.. Alhamdulillah dia dah buktikan sbnrnya pilihan dia bkn sharifah, sbb “klu x takde soalan ni”.. “

” This means he read all the hate comments about Bella not being good enough for him. this is probably his response to it. oh Syed Saddiq the man that you are.. “

” Mungkin benda ini sama membelenggu fikiran yb sekarang dah jelas ustaz terangkan ..jika memang ditentukan ada jodoh insyaallah jika sebaliknya kita doa yg baik2.. “

” Merah muka yb kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah.. mcm bau² nasi minyak sudah Hooi. Bagus soalan ni,dpt ilmu baru pasal syed sharifah ni.. Tapi syed & dayang lagi harus menikah…sekufu tu.. Hahahaha.. “

” Tak berani YB nak tipu ustaz, haha.. terperangkap jugak dengan soalan sendiri hehe.. muka lega YB win weh.. Abuya pun bukan main lagi menambah perisa haha.. “

” Wah senyum lebar abuya ekk, hehe.. YB pulak blushing, merah padam muka tu.. soalan bocor…. yb yb.. nak tanya soalan pun check line dulu.. “

” Duk kesat hidung berpeluh ke YB haha.. Maksudnya YB dah ada calon lah tu.. takkan tak faham lagi.. macam dah dekat sangat dah ni.. kompang dipalu, pengantin baru.. “

” Wah otw to nasi minyak YB ni.. Alhamdulillah sah sah boleh kahwin seronoknya.. bagus YB, ambik peluang tanya ustaz kesayangan.. “

” Senyum sampai telinga YBSS lepas dengar jawapan. legaaa.. yb punya blushing part las tu trasa smpai sini ya… apa pon yg terbaik untuk yb kmi doa Allah permudahkan insyaallah amin.. “

Usikan Ustaz Azhar itu membuatkan semua yang ada di situ ketawa beramai-ramai. Merah padam muka YB Saddiq, soalan makan diri kali ini. Apa-apa pun, semua kemusykilan YB Saddiq sudah pun terjawab dan tiada masalah untuk YB Saddiq bernikah dengan wanita tanpa ada nama Sharifah.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Niza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Biskut Durian Viral
Bostanten Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak