Artis / Selebriti
” Menggelupur budak tu bila tengok Sherry, brek mengejut terus. Berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
Video Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad menyakat budak ‘Usain Bolt’ di Konsert Gegar Vaganza buat warganet terhibur. Mahu tak gabra budak tu tiba-tiba stand hilang dan Sherry pulak yang berdiri tercegat kat situ. Tak tentu arah jadinya. Video kat belakang pentas pun ada, hehe..
Setiap minggu, ramai penonton termasuk host Gegar Vaganza 11, Nabil Ahmad dan Sherry ternanti-nantikan kelibat seorang budak prop yang digelar Usain Bolt atau budak Flash oleh Nabil. Ini kerana cara lelaki itu meluru masuk ke atas stage dan berlari selaju mungkin untuk membawa stand ke belakang pentas.
Pada minggu lalu, Sherry ada berseloroh memberitahu dia ingin mencuba untuk berdiri di tengah stage dan melihat reaksi budak prop itu. Nampaknya Nabil dan Sherry telah pun merancang untuk prank petugas prop ini pada konsert Gegar Vaganza 11 semi final semalam.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cinemagicmy dan Tiktok Delilamirasari, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana di atas stage dan di belakang stage ketika Nabil dan Sherry mengenakan lelaki itu. Nabil membawa stand jauh ke tepi dan Sherry pula menggantikan tempat stand di tengah stage.

Terkejut petugas prop tersebut ketika melihat Sherry yang ada di situ dan mujur lah dia sempat brek mengejut. Laju sungguh dia berlari ke arah Nabil dan mengangkat stand itu dan seterusnya terus meluru ke belakang pentas. Tergelak semua menonton dengan telatah petugas prop yang mencuit hati itu.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@cinemagicmy HAHAHAHAHAH finally! 🤣🤣🤣 #GegarVaganza #GV11 #GegarVaganza11 #GegarVaganza2024 #sembangentertainment
Suasana di belakang pentas, memang riuh apabila Budak Flash diusik oleh Sherry :
@delilamirasari
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meriah lebih 80 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Yg kat rumah pun dah standby nak tgk usain bolt kena acah prank dgn nabil haha.. brek mengejut tu haha.. sakit perut gelak. prank menjadi.. “
” Dekah aq semlm lepas tgok prop tu kat sebelah nabil… dah agak mesti budak usain bolt tu terkesima tgok sherry kat tgah2.. “
” Tak sabar tunggu part last nak Tengok budak Usain bolt. wajib tunggu, nabil punya pukulan . famous dah dia.. “
” Sherry pulak pakai baju sama warna ngn bende alah tu haha.. nasib tak angkat sherry haha.. nabil bawak lari sampai ke tepi. tcari2 usain. haha.. “
” Saya gelak kuat. mcm Nabil semlm… cari jgk mana dia ltk benda tu… rupa² nya nk prank bdk usain bolt tuu.. “
” Nabil kalau bab kenakan org, bagi kat dia.. berdekah satu rumah.. budak tu hampir nak angkat Sherry dah haha.. “
” Menggelupur budak tu bila tengok Sherry haha.. nabil memang nakal.. member dah ready sekali sherry kat tengah tu. 5x ulang.. hahaha Sumpah kelakar reaksi dia, dgn nabil gelak lg.. “
Dapat juga semua melihat wajah budak Flash aka Usain Bolt ini. Nabil memang terlebih nakal pada minggu ini, tak cukup juri dan peserta, petugas prop pun terkena usikan Nabil. Mujur lah Sherry tak kena angkut. Kalau tidak, lagi gamat lah ketawa dalam dewan semalam.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cinemagicmy, Tiktok Delilamirasari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara Yosh. Merinding dengar, lunak dan gemersik macam Amira Othman.. ” – Komen Netizen


