Artis / Selebriti
” Menangis teresak-esak masa Didie genggam tangan dia, sedih.. ” – Netizen

Video Didie Alias Menyantuni Seorang Insan Istimewa Buat Ramai Tersentuh. Sedap Suara Wanita Ni Menyanyi, Sampai Menangis Didie Dibuatnya. Part Didie Pegang Tangan Dia Dan Dia Lentokkan Kepala Kat Bahu Didie Tu Sebak Sangat !!
Meninjau akaun Tiktok ctajoy dan Didie Alias, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Didie bersama teamnya sedang menjamu selera di sebuah restoran. Mereka didatangi oleh seorang wanita istimewa yang menghiburkan mereka semua dengan nyanyian yang merdu.
Wanita ini kelihatan tidak terurus, namun tidak lokek dengan senyuman. Menyanyikan lagu dendangan asal Dato’ Seri Siti Nurhaliza, alunan suaranya itu mendapat sorakan daripada Didie dan team. Meriah suasana di restoran dengan sesi karaoke ini.
Sikap Didie yang menyantuni dan melayani wanita ini dengan baik mendapat pujian ramai. Bukan semua selebriti sudi melayani insan istimewa sebegini. Insan sebegini juga ingin merasai diraikan dan tidak disisihkan daripada masyarakat kerana kekurangan mereka.
Dari suasana yang penuh ceria, Didie tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika wanita ini menyanyi lagu Jerat Percintaan. Feelingnya itu seperti menceritakan kisah kehidupannya yang tidak ada siapa yang tahu. Yang mendengar suaranya dan cara wanita ini menyanyi dapat merasai sesuatu.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@ctajoy #sayangisesamakita #merekajugainginbahagia #allahuakhbar❤الله #allahummashollialasayyidinamuhammad🤲🤲🥰 #waalaalisayyidinamuhammad #fypシ #fypシ゚viral #fyp
@mumydidiealias Korang mesti ade feeling mcm mumy,kena tgk sampai habis taw..Insan istimewa nie..Jangan nangis taw😭 Tqsm @D’Jesselton Sabah for the video.. @Sakinah vs ondu #stylofest #syurgashopping #familykarnival #untyuntytiktok #styloprihatin #gengmasukair #styloprihatin #fyp #fypage #fypシ゚viral
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dalam ketawa dia tersembunyi besarnya penderitaan yg dlalui . ada cerita tersirat disebalik kehidupan dia dimasa lalu tu kak.. ”
” Sedih tengok dia.. nape aku ikut nangis ni.. terasa sebak.. MCM lagu tentang diri dia.. senyuman penuh makna,luahan hati melalui lagu, buat akk menangis.. ”
” Dia menyanyi kita sedih smpi mengalir air mata. tok ti menyanyi pun kita tak mengalir airmata. mungkin sb mengenangkn nasib insan istimewa ni.. ”
” Aku nangis weh. dari smlm asyik ulang tgk..tetap air mata mengalir. nangis teresak esak masa mamy didi genggam tangan dia sedih.. ”
” 3 kali dah tgok video akak ni, 3 kali juga aku menanggis.. Allahuakbar semoga akak sihat2 selalu.. ”
” Nyanyian dia dari hati, sebab tu sampai pada kita.. sedih dia hanya Allah yg tahu. gk dari reaksi dy.. dy sbnrnya seorang pemalu dan manja… mgkin ada sesuatu yg tlh di lalui shingga dy ditakdirkan begini.. ”
” Sedih tengok dia menghayati lirik lagu tokti, kita tdak tahu apa di sebalik senyuman dia ketika menyanyi.. ”
” Ulang2 saya tgk.. sedeh dan terharu bercampur2.. semoga dilimpah oan rezeki mumy n si dia yg menyanyi.. dilindungi Allah selalu.. ”
Nyanyian yang menyentuh hati tidak hanya Didie dan geng di sana tetapi juga warganet yang menonton. Didie turut menyerahkan sejumlah wang yang dikumpul bersama team dan diserahkan kepada wanita ini untuk perbelanjaannya. Semoga wanita ini sentiasa dalam lindungan Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ct Ajoy, Tiktok mumydidiealias
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Masa ni sedih sangat. Dengar Hadie baca pun kita dah nangis.. ” – Komen Netizen