Connect with us

Artis / Selebriti

” Memang saya plan mintak Raqib bacakan doa ibu bapa ni sebab.. ” – Amira Othman

Amira Othman kongsi sebab menyuruh Raqib Majid membacakan doa ibu bapa ketika mengiringi Amira dan ibunya pada hari pernikahannya buat ramai tersentuh. Ini sebabnya rupa-rupanya, sebak sungguh baca perkongsian Amira..

Majlis Ijab dan Qabul Fattah Amin dan Amira Othman yang berlangsung beberapa hari lalu banyak meninggalkan memori indah tidak hanya untuk pasangan pengantin dan keluarga juga kepada tetamu yang hadir. Bertemakan islamik, majlis ini disifatkan sebagai satu majlis yang penuh dengan ketenangan.

Menerusi perkongsian terbaru Amira di akaun Instagramnya, telah dikongsikan gambar-gambar sekitar majlis tersebut dan satu coretan panjang mengenai alasan mengapa doa ibu bapa dipilih untuk dialunkan ketika Amira memasuki dewan sambil diiringi oleh mamanya.

Kata Amira, dia sememangnya merancang untuk meminta Raqib Majid membacakan doa tersebut kerana dia terlalu menyukai doa tersebut. Doa itu membawa maksud ‘ Allah ampunkanlah segala dosa ibu dan ayahku, kasihani mereka seperti mereka menjagaku’.

Besar dan kasihnya insan bernama Nadia Amira terhadap kedua ibu bapanya. Bagi Amira, sehingga mati pun ibu dan ayah adalah syurga kita dan tiada gantinya. Segala yang orang nampak pada diri Amira sekarang adalah ajaran dan asuhan daripada ayahnya.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 100 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” MasyaAllah.. kunci barokah hidup kita adalah doa ibubapa.. Sayang Mira sangat sangat.. BarakAllahu lakuma. WE learned a lot from you Mira.. “

” Good caption. Baca sambil nangis teringat ayah dekat kampung.. Mesti tengah type sambil berair mata kan.. Redha Allah terletak kepada redha ibu ayah. Betul ini yang saya juga belajar.. “

” Seorang Nadia Amira tak perlukan chatgpt apabila berkata² ataupun menulis.. Mashaallah tabarakallah. Semoga terus menjadi contoh dan tauladan yg baik.. “

” Masa Mira masuk tu.. saya pun rasa sebak. Tambahan dgn alunan doa ibubapa Raqib Majid ni ..x boleh tahan sedih bila cakap tentang pengorbanan parents.. “

” Ukhti amiraaothman, hasil didikan ibubapa yang sgt hebat membina diri, membentuk akhlak mahmudah ini, mudah²an Mira dapat juga berkhidmat buat suami tercinta fattahaminz, kerana setiap titik pengorbanan buat Fattah, pahala san Salam kebaikannya berbalik buat mama & abah Amira. Jannah buatmu wahai Amira.. “

” Sebaknya baca, saya dah takde mak dan ayah.. Setuju Mira.. hidup saya sekaranag byk berpegang dgn pesanan, nasihat, kata² dr mak abah saya yg dah pergi buat selamanya.. baca tulisan mira ni pun rasa perit nak telan air liur huhu.. “

” Banyak saya belajar dari kaklong. kata-kata kaklong juga banyak ubah cara saya berfikir dan bertindak. kaklong always be my inspiration life. semoga yang baik baik dari Allah untuk kaklong sekeluarga. sayangg kaklong banyak banyak tau.. “

Itu lah Amira yang selalu positif dan tenang dalam setiap tutur kata dan perbuatannya. Mama dan Abah Amira sudah melahirkan seorang insan yang berjiwa pengasih dan anak solehah dunia akhirat. Semoga Allah kurniakan Amira kebahagiaan bersama Fattah sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amira Othman 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Shampoo Treatment Jungle Girl
Handbag Liana by AS

Trending

Copyright © Berita Kopak