Artis / Selebriti
” Meganya macam tengok raja dan permaisuri. Gentleman sungguh suami dia.. ” – Komen Netizen
Video majlis resepsi pasangan pengantin baru, Erra Fazira dan Ezwan Zain yang begitu memukau. Wah berseri-seri sungguh pengantin. Persalinan yang gah sesuai dengan gelaran Raja Sehari. Cara Ezwan jaga Erra tu salute sangat..
Selepas majlis akad nikah berlangsung semalam, pasangan pengantin baru diraikan pula dalam satu majlis resepsi yang kini sedang berlangsung di di Rinjani Majestic. Sebagaimana gahnya dekorasi dan tema majlis ijab qabul, majlis resepsi pasangan ini juga sangat wow.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan perarakan masuk Erra dan Ezwan ke dewan persandingan. Dekorasi dewan bertemakan warna merah hati dihiasi bunga-bungaan merah, ianya menarik perhatian.
Ezwan dan Erra mengenakan busana pengantin songket berwarna putih dan rekaannya sangat ekslusif. Busana Erra adalah hasil ilham daripada Erra sendiri sempena hari bahagianya itu. Laksana puteri, Erra berjalan masuk dan menunduk sambil bersalam dan mengucup lembut tangan Ezwan.

Pasangan ini menuju ke pelamin dengan cukup bergaya. Sama cantik dan sama padan, pemilihan konsep Ezwan untuk majlis resepsinya bersama Erra ini memang terbaik. Seri pengantin Erra memukau pandangan mata warganet dan ramai memuji kejelitaan primadona kesayangan ramai ini.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Love betul tema resepsi ni. Cantiknya Erra, cantiknya baju dia.. Bekas ratu cantik seorang ni memang cantik. Dah umur 51 tahun pun cantik dan badan langsing.. “
” Cantik gila, body segitu je ekk Erra ni. dari muda sampai sekarang maintain macam anak dara.. sesuai sangat pasangan ni.. “
” Arghhh mind blowing betul tengok Erra dan Ezwan.. Aku tersengeh sengeh macam tengok movie rom com yang sweet sangat.. “
” She dont look 51.. still pretty and gorgeous.. Beautiful pengantin kalah pengantin anak dara ye.. Lawa nak mampus, baju resepsi, tema resepsi memang superb.. “
” Meganya macam tengok raja dan permaisuri.. Segak mr e dan cantik Erra bak permaisuri istana.. tahniah Erra dan pasangan.. “
” Lawa wehh.. love baju resepsinya, menyerlahkan lagi keanggunan Erra. memang wedding of the year betul ni.. “
” Gentleman sungguh suami dia .. Betul erra cakap yg mr E lg perfectionist & bersistematic dr dia .. Selamat Pengantin Baru, lovebirds.. “
Majlis perkahwinan yang akan menjadi kenangan manis, bukan sahaja untuk pasangan pengantin tetapi juga tetamu dan peminat Erra juga. Semoga ikatan ini berkekalan sampai ke akhir hayat dan dilimpahi kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era / IG Media Hiburan Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

