Connect with us

Viral

” MasyaAllah Allahu Akbar, macam kembar. Sebak tengok gambar Qisya dan Keisya.. ” – Komen Netizen

Video adik Putri Qisya bertemu dengan seseorang yang seiras dengan wajahnya buat ramai tersentuh. Wah serius lah, sama sungguh muka Qisya dan Keisya, dah macam kembar seiras. Qisya pun terkejut jumpa Kiesya. Bukan nama dan wajah je sama, nama ibu mereka pun sama..

Putri Qisya Izzat mendapat perhatian orang ramai setelah dia kehilangan ibu, ayah dan 4 orang adiknya selepas kereta yang dinaiki terbabas ke dalam Sungai Korok. Kesedihan Qisya itu turut dirasai oleh orang ramai yang mengikuti perkembangan kes ini.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Nurul Abbasir dan Instagram Harian Metro, telah dikongsikan satu perkongsian mengenai adik Qisya bertemu ‘kembar’nya, Nureen Keisya. Ibu Keisya yang merupakan seorang penjawat awam berusaha menjejaki Qisya hasil bantuan seorang kenalannya.

Allah takdirkan untuk Qisya bertemu dengan Keisya dan mengejutkan kerana wajah mereka sangat seiras. Malah Keisya sendiri ketika melihat Qisya terkejut kerana terlalu banyak persamaan antara mereka berdua. Nama yang hampir sama, raut wajah juga mirip dan nama ibu mereka juga sama.

Melihat wajah Qisya dan Keisya ramai yang mengatakan mereka seperti kembar. Senyuman, mata dan bentuk muka saling tak tumpah. Ada juga di kalangan warganet yang tertukar yang mana satu Qisya dan Keisya kerana persamaan mereka itu. Allah hadirkan ramai orang baik untuk membahagiakan Qisya.

Jom baca perkongsian di bawah :

Tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 36 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Muka hampir sama… sebutan nama pun sama cuma ejaan je lain… nama mak pun sama… tiada yg kebetulan di dunia ni… inilah ketentuan Nya.. “

” Ya Allah muka pun iras² dh.. nama pun sama, beza huruf ja.. umur pun sama.. semoga terus menjadi sahabat.. “

” Wajah seiras,nama sama ejaan je lain,umur sebaya.. besarnye kuasa tuhan.. aturan Allah ckup indah.. “

” Putri qisya anak nurul hidayah, nureen keisya anak nurul hidayah.. kembar lain mak nama sama.. moga baik² aja utk anak² berdua.. “

” MasyaAllah Allahu Akbar. Mcm kembar, sebak saya tengok gambar qisya dan keisya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kedua anak ini.. “

” Ya Allah btul2 seiras sampai trtukar mana 1.. muka sama.. nama hampir sama… comel2 sama2 … smoga jd kembar sampai besar ye…. jd sahabat baik.. “

” Muka dan nama sgt iras.. ni la takdir yg Allah berikan pd Qisya dan Kiesya.. Masha Allah TabarakallAH.. “

” Allahu baiknya takdir allah. Muka ada irass.. nama lebih kurang. Semoga Qisya dan Keisya jadi anak solehah, berjaya dunia akhirat. Amin.. “

Indah sungguh takdir yang Allah aturkan untuk Qisya. Bertemu seseorang yang tak ubah seperti kembar dan terjalinlah silaturahim antara mereka. Semoga Qisya dan Keisya berjaya dalam pelajaran dan mencapai cita-cita yang mereka impikan. Semoga terus berkawan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Nurul Abbasir, IG Harian Metro

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Shampoo Treatment Jungle Girl
Skintific Lip Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak