Artis / Selebriti
” Masha Allah, cantik dan indah namanya dan disebut dalam Al-Quran.. ” – Netizen
Neelofa Kongsi Gambar Terbaru Muhammad Bilal Dan Adik Babynya Cur1 Perhatian Warganet. Wah Sedapnya Nama Adik Bilal Ni. Penuh Bermakna Dan Pengharapan !!
Sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Neelofa dan Haris Ismail minggu lalu yang mereka akan memaklumkan nama putera kedua mereka selepas 7 hari kelahirannya. Meninjau akaun Instagram Neelofa, telah pun dikongsikan sekeping gambar terbaru Bilal dan adiknya itu.
Sepakat memilih nama Abdullah Abbas, nama ini mempunyai maksud yang cukup indah dan ada tercatat dalam Al-Quran dan hadis. Kata Neelofa, sebagaimana rasa kasih dan sayangnya kepada Bilal, begitu juga rasa sayang mereka terhadap Abdullah Abbas.
Abdullah adalah nama yang disukai Allah, maka permulaan namanya Abdullah dipilih. Abbas pula berdasarkan kisah Ibn Abbas yang pernah didoakan oleh Nabi Muhammad agar menjadi orang yang bijak. Ibnu Abbas pada usianya yang sangat muda menjadi sangat-sangat bijak.

Berdasarkan pemilihan nama ini, Neelofa dan Haris berharap agar Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam. Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu, itu akhir coretan Neelofa.
Jom baca perkongsian di bawah :
Kurang sejam dikongsikan, perkongsian oleh Neelofa ini telah pun meraih puluhan ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Masha Allah, cantik namanya Abdullah Abbas. Assalamualaikum Abdullah Abas, semoga menjadi insan seindah namanya.. insha Allah.. ”
” Dua2 comelll. Makin tak kuar rumah lah kak lofa nanti. Haha semoga sentiasa dlm lindungan Allah Bilah dan Abbas.. ”
” Seb4knya baca doa ni, terasa mengalir kasih sayang tu.. Nama yang indah dan disebut dalam Al-quran.. ”
” Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.. Simple and nice name.. Assalamualaikum Abdullah Abbas. Semoga doa ummi diperkenankan Allah swt Aamin.. ”
” Assalamualaikum Abdullah Abbas.. Lovely name MasyaAllah, pasti Abdullah Abbas akan menjadi anak Soleh seperti Abang Bilal.
” MashaAllah indahnya nama. Semoga Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas menjadi anak soleh buat umi dan abah.. ”
” Nama yang baik dan indah.. Semoga Bilal dan Abbas menjadi anak yg soleh, penyejuk hati kedua ibu bapa, berjaya dunia dan akhirat.. ”
Indah sungguh nama yang dipilih oleh Neelofa dan Haris. Semoga segala harapan dan doa Neelofa untuk putera keduanya ini akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Assalamualaikum Abdullah Abbas, semoga sihat selalu dan menjadi insan berguna kepada agama.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

