Artis / Selebriti
” Masa jalan dengan ayah Sarah tu macam tengok Sarah kecik-kecik jalan dengan ayah dia.. ” – Netizen
Video Ayah Arwah Siti Sarah, Raissuddin Hamzah Dan Makder Membawa Adik Miza Pergi Shopping Baju Raih Perhatian Ramai. Alahai Nampak Macam Raissuddin Jalan Dengan Arwah Sarah Je. Part Adik Miza Cakap Dah Lama Tak Beli Baju Tu Terus Auto Sebak !!
Semalam tular video yang memaparkan Adik Miza yang wajahnya mirip seperti arwah Siti Sarah Raissuddinย bertemu dengan Shuib dan ahli keluarga yang lain. Sebelum ini hanya Raissuddin, Makder dan anak sulung arwah Siti Sarah, Uwais sahaja bertemu dengan Adik Miza di Kedah.
Pertemuan semalam telah mengundang sebak warganet yang menonton video tersebut. Shuib seakan terpaku melihat Adik Miza di hadapannya. Selain Shuib, anak perempuan Shuib, Talita juga asyik memandang sampai tidak berkelip mata menatap wajah Adik Miza.
Terbaru, meninjau ke akaun Instagram Loveta telah dikongsikan satu video ketika Adik Miza baru tiba di Kuala Lumpur. Kedatangan Miza bersama kedua orang tuanya disambut mesra oleh Makder dan lain-lain. Makder dan Raissuddin telah membawa Adik Miza ke sebuah pusat membeli belah dan membeli pakaian baru untuk Adik Miza.
Sekali lagi, perkongsian ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan melihat Adik Miza berjalan bersama Raissuddin seperti melihat arw4h Siti Sarah ketika kecil. Sehingga kini, video Adik Miza bersama Makder dan Raissuddin telah menerima ribuan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon diberikan mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Masa jalan dengan ayah sarah tu macam tgk sarah kecik2 jalan dengan ayah dia. Raut muka, senyum sama betul dengan arwah. Allah maha baik.. “
” Masa mula2 dia sampai, pakai shawl tu, betul2 mcm muka uwais. Sama sangat ni dikkk.. Allah temukan awak dengan family yg kehilangan dan sarat dengan kerinduan, cantik aturanNya.. “
” Makde ni memang another level la.. Macam mana hebatnya arwah, macam tu Makde pada sy. Sy hanya kenal Makde sejak arwah nak masuk hospital tu je.. “
” Alhamdulilahhh.. Selain dari allah hantarkan adik miza btemu kluarga arwah sebagai pengubat rindu kluarga pada arwah siti sarah raissudin. Allah juga salurkan rezeki buat Adik Miza skeluarga.. “
” Auto air mata berlinang bila tgok Adik Miza ketawa, sed1h pula dengar Adik Miza cakap dah lama tak beli baju.. Moga murah rezeki Makder sekeluarga.. “
” Allah, bila adik miza goyang bahu tu, gelak senyum sama sungguh gaya mcm arwah. rezeki awak dik, Alhamdulillah.. Tumpang happy tengok video ni.. “
” Rezeki adik Miza..ย Bertemu dengan keluarga yang baik hati, yang rezekinya lebih hendak berkongsi dengan yg memerlukan.. “
Tergantinya sebuah kehilangan yang dirindui, seronok Adik Miza berjalan bersama Raisuddin dan Makder. Kelihatan seperti Sarah versi kecil. Semoga ikatan silaturrahim antara Adik Miza bersama keluarga Raissuddin ini akan terus kekal selamanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG lovetahq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen