Artis / Selebriti
” Mantap lah korang, bergema MITEC. Tersipu-sipu bakal pengantin.. ” – Komen Netizen

Video riuh rendah pengunjung menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru ketika menyambut kedatangan Fattah Amin dan Amira Othman ke sesi Meet & Greet di MITEC. Wah dah macam pengantin pakai baju sedondon warna kuning. Tersipu-sipu Fattah dan Amira dibuatnya..
Satu program Meet and Greet Fattah Amin dan Amira Othman telah pun diadakan pada 1 Ogos yang lepas. Bertempat di MITEC, pasangan sensasi yang mendapat gelaran FattMira ini disambut dengan meriah oleh orang ramai yang berkunjung ke situ.
Fattah dan Amira tampil sedondon dan warna kuning menjadi pilihan pasangan ini. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Naa311, telah dikongsikan suasana ketika Fattah dan Amira memasuki dewan. Tanpa disuruh oleh sesiapa, pengunjung sepakat beramai-ramai menyanyikan lagu khas untuk Fattah dan Amira.
Jika di sesi promosi Jakel tempoh hari, Lan Pet Pet paling gemar mengusik FattMira dengan lagu ini. Kali ini giliran orang ramai pula menyakat pasangan sama cantik sama padan ini. Bergema-gema lagu Selamat Pengantin Baru oleh pengunjung lelaki dan ia membuatkan Fattah dan Amira tersipu-sipu malu.
Memetik komen warganet, Fattah dan Amira ada aura dan tarikan mereka tersendiri. Ramai yang merestui hubungan Fattah dan Amira. Malah ramai juga mendoakan agar pasangan ‘rakan sekerja’ ini ada jodoh bersama dan akan melangkah ke jinjang pelamin.
Jom tonton video di bawah :
@naa3l1 POV: pegi M&G FattMira ❌ Pegi kenduri kwen 🫣 Gurau je eh, jgn marah~Sedondon in kuning hrni! Fulll package kena iring dgn lagu pengantin xpyh letak sound 😂. Sempoi & terbaik bethol org2 kt #MKD32025 . #doabaikbaik #komenbaikbaik #fattahamin #amiraothman #mk3d2025 #kkdw
@cute08628 #kkdw_govofficial #amiraothman #fattahamin #fattmira #💛💛💛 cr igs mvar/TT aisha7823
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Wow bergema eh lagu Selamat Pengantin Baru.. masuk-masuk diorang semua auto nyanyi sendiri tak payah mintak.. sporting lah semua.. tersipu Fattah dan Amira.. “
” Ni nampaknya ramai yang kena masuk store.. ramai dah restu wehh baik lelaki pon blushing pe tah lagi pmpuan ahahah.. “
” Masha Allah ramai betul sokong abglong n kaklong ni. suka vibes positif gini… org baik ramai sayang.. jika mereka berjodoh, moga diberkati in sha Allah.. “
” Jarang orglelaki join grop hakak” & mak” yg suka suasana menyatu org nih… Ni mau satu stadium kena buat stor.. “
” Ya Allah ni first time saya tgk rakan sekerja diraikan sedemikian rupa.. ramai sgt yg menyokong mereka.. semoga berdua mereka kekal hingga akhir hayat.. “
” Mcm mana la Klau kak long dan abg long khwin nti… mesti meriah sgt kan… g kenduri kahwin pun dah mcm dia org penganting.. x sabar nya.. semoga Allah satu kan dua hati insan yg bernama Fattah Amin dan Amira Othman… Aamiin.. “
” Satu Malaysia function… I like… ramai restu… memintala… Fatah dgn Amera trsipu² dgar lagu selamat pengantin baru dari peminat,memang sesuai sgt.. “
” Dari bang lan senario jakel ari tu dah ye.. sampai sekarang lagu tu masih menjadi OST dorang ekkk.. mantap lah korg.. bergema mitec.. tersipu2 bakal pengantin.. “
Ramai yang merestui hubungan Fattah dan Amira, sepakat masing-masing menyanyi lagu tema FattMira itu. Vibes pengantin baru dengan kuning sedondon tu memang ngam dengan lagu. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang baik-baik untuk Fattah dan Amira.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Naa311, Tiktok Cute
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen