Connect with us

Artis / Selebriti

” Mantap Amad, menyala lah. Hilang terus galau Amad, rap pun power.. ” – Komen Netizen

Video persembahan Amad Dayyan membawakan lagu KRU, Negatif di konsert minggu ketiga Talk To My Manager raih pujian ramai. Fuh hebat Amad menari, dan macam buat konsert solo sendiri. Siti Sairah pun sporting ikut sama menari di pentas.. 

Amad Dayyan antara peserta yang menjadi pilihan ramai untuk bergelar juara di Talk To My Manager musim pertama. Kehebatan vokal Amad seringkali mendapat pujian daripada warganet dan juga juri TTMM. Untuk konsert minggu ketiga ini, Amad membawakan lagu yang berbeza dari genre sebelum ini.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sooka Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amad mendendangkan lagu popular KRU berjudul Negatif. Tidak mudah untuk membawakan lagu KRU kerana selain menyanyi, Amad juga perlu menari.

Ternyata cabaran ini dilakukan dengan sebaiknya oleh Amad. Suara Amad tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ianya sememangnya merdu dan lunak. Lari jauh daripada lagu galau yang selalu Amad nyanyikan, genre rap ini juga sesuai dengan Amad dan Amad ada caranya tersendiri dalam menyampaikan lagu tersebut.

Bersorak semua di auditorium melihat Amad menari. Amad kelihatan begitu santai dan enjoy sahaja sepanjang persembahannya itu. Comel sungguh tarian Amad, Sairah juga turut memberikan sokongan dengan naik ke pentas dan menari bersama anaknya.

Jom tonton video di bawah :

@sookamalaysia

#SairahXAmad mesti KRU bangga tengok ni🔥🔥🔥Nak tengok full? Jom strim #TalkToMyManagerMY LIVE di sooka setiap Ahad, 9pm💜💜Klik link di bio 🔗 #JomUsha #fyp

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Loved best Amad malam ni.. Best vocal Amad, superb improvise.. tak no 1 mesti no 2 ni.. amad best gile nyanyi. enjoy betul dia.. “

” Suara amad jelas sebut tiap patah lirik lagu KRU/Negetif.. Amad ni mcm mak iti dia. Nyanyi lagu org ikut cara dia. Dia buat mcm lagu dia. Sedap.. “

” MasyaAllah Sekian lama kita menunggu siapakah penyambung legasi sejati Tokti? Rupanya ianya adalah anak saudaranya sendiri. Remember this name : ‘Amad Dayyan’. Superstar in making.. “

” Hairstyle rambut amad macam Lord edryabdhalim . Suka cara amad perform lagu ni. i selaku peminat kru and genkru approve.. “

” Sangat bagus, clear sangat sebutan dia.. amad memang berbakat besar, bagi lah apa lagu pun semua makanan dia ni.. “

” Terbaik Amad Dayyan, enjoy menari sambil menyanyi tu. amad boleh jadi juara dan bagi saingan yang hebat untuk semua.. “

” Bakat besar Amad ni.. mantap amad menyala lah.. dia dah keluar dari comfort zone.. hilang terus galau Amad. power rap pun.. “

Power suara Amad, walaupun perlu lincah menari tetapi padu kawalan suara Amad. KRU pun bangga tengok Amad menyanyi lagu ini dengan baik. Dapat standing ovation daripada semua juri lagi. Tahniah Amad untuk persembahan yang padu. Minggu depan duet dengan Umai, tentu gempak.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Sooka Malaysia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Biskut Durian Viral
Sace Lady Compact Powder

Trending

Copyright © Berita Kopak