Artis / Selebriti
” Manjanya Budi dengan abah, ni kira merajuk lah yer.. ” – Netizen

Nad Zainal Kongsi Video Gelagat Anak Perempuannya, Budi Kalsom Bersama Ungku Ismail Raih Perhatian Warganet. Alahai Memang Anak Manja Abah Betul Ni, Kalah Mommy Dia !!
Umum mengetahui yang pelakon kecil molek, Nad Zainal telah pun mendirikan rumah tangga kali kedua bersama pelakon Ungku Ismail. Anak-anak Nad nampak sangat manja dengan Ungku Ismail menerusi perkongsian Nad di Instagram.
Jika mengikuti di akaun Instagram Nad, Nad sering berkongsi video dirinya bersama anak-anak dan suami. Terbaru, Nad memuatnaik satu video anak keduanya, Budi Kalsom. Menerusi video itu, Budi sedang didukung oleh Ungku Ismail.
Tulis Nad, Budi ini seorang anak yang manja, lebih-lebih lagi dengan Engku Ismail yang dipanggilnya dengan gelaran ‘ Abah ‘ kerana Ungku Ismail suka melayan Budi. Namun apabila ada perkara salah yang dibuat oleh Budi dan abahnya menegur, terus Budi akan cepat terasa.
Gelagat Budi yang seakan merajuk dengan Ungku Ismail itu telah mendapat perhatian warganet. Ada yang mengatakan anak perempuan biasanya akan lebih manja dengan si ayah berbanding ibu. Sehingga kini, video tersebut telah menerima belasan ribu sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video oleh Nad. Antara komen-komen menarik adalah :
” Anak gadis kalau dgn abah mmg gitu sis.. Drama sungguh la.. Ger4m mcm nk picit je hidung dia tu, kemain manja kan.. “
” Manjanya Budi dengan abah, ni kira meraj0k lah yer.. Haha hbis lah mommy, Budi lagi manja dengan abah, hehe.. “
” Jgn kata budak sekecil budi.. Iols ni yg dah tua pun kalau abah yang tegur auto touching, xtau kenapa.. tapi kalau mak.. kita ok2 je.. “
” Tanda2 anak manja sis.. Dia mudah terasa dan terguris bila ayah atau mana² lelaki yg mahram baginya.. Budi so sweet.. “
” Anak pmpuan mmang manja dgn ayahnya.. Dan Bila kena tegur sikit terpaling2 tak boleh terima hakikat, hahahaa.. “
” Kuat drama betul lah Budi ni, hahahaha tapi comel gaya meraj0k tu. Konon2 dia lah yang tak bersalah, hehe pandai kan.. “
” Alolololo Budi, manja abah rupanya.. Harap mommy tak cemburu lah yer, hahaha.. Ank perempuan memang manja dengan abah.. “
Jelas terlihat Budi ni memang manja dan sayang sangat dengan abah. Kalau tak, pasti tidak meraj0k Budi apabila abah menegurnya. Apa-apa pun semoga Budi terus membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG nad.zainal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen