Artis / Selebriti
” Manja eh Ernie ni, siap pak dengan mak sedara panggil panggilan macam tu, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Ernie Zakri terkantoi panggilan manja dirinya yang dipanggil oleh Anuar Zain dan Ziana Zain buat ramai terhibur. Wah sesuai sangat panggilan tu dengan Ernie. Awal-awal tu Anuar dan Ziana nak rahsiakan, sekali Ernie pula terlepas cakap pulak, hehe..
Meninjau di akaun Instagram Era, telah dikongsikan video yang memaparkan penyanyi Anuar Zain, Ziana Zain, Ernie Zakri dan Syamel telah menjadi tetamu jemputan di stesen radio Era semalam. Difahamkan kehadiran empat penyanyi hebat ini adalah untuk berkongsi mengenai lagu baru mereka berjudul Jangan Henti.
Telatah Ernie telah terkantoi memberitahu secara tidak sengaja panggilan manjanya yang dipanggil oleh ahli keluarganya iaitu, Anuar Zain dan Ziana Zain membuatkan ramai terhibur. Pada awal video, Syamel telah menyakat Haziq kenapa memanggil Ernie dengan panggilan ‘baby’ .
Haziq memberitahu yang dirinya telah mendengar perbualan antara Ernie dan Ziana. Ernie telah membahasakan dirinya dengan panggilan ‘baby’. Mendengar apa yang dikatakan oleh Haziq, dengan spontan usik Anuar Zain berkata pada awalnya mereka mahu rahsiakan hal tersebut, namun akhirnya Ernie sendiri yang pecahkan rahsia.

Perkongsian video itu telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan telatah Ernie begitu comel dan panggilan ‘baby’ juga sangat sesuai dengan karater Ernie. Sehingga kini, video tersebut telah menerima puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Manja eh Ernie ni siap pak dengan mak sedara panggil panggilan macam tu.. Baby baby rupanya, heheehe.. Cute dengar.. “
” Sesuai lah dengan panggilan tu, sebab Ernie memang manja sangat.. Tengok muka pun dah tahu Ernie ni manja.. “
” Dulu pernah jumpa Anuar Zain kat Plaza Masalam. Tinggi & hensem teruk. Tapi tak berani nak minta ambil gambar.. “
” Abang anuarzain70 mmg baik dan sgt peramah.. Pernah dulu tgk wayang, skali depan seat kita abg Anuar Zain… oooeeemmmggggeee.. AZ siap sembang2 lagi ngan kita.. “
” Mcm adk spupu sy. Dr kcik mmg pgil dia comel. Sbb mmg comel dr kcik. Smpi ke besar ada ank sorg. Still pgil comel. Hehe.. “
” Family saya panghil saya adik.spai skrg dah umur 53 pun sedara mara panghil saya adk.spai anak saya tanya mama kenapa dia org panghil mama adk ya, haha.. “
” Mmg seluruh keluarga Ernie panggil Ernie dengan nama panggilan baby yer. Alololo cute sangat lah, tak sangka pula.. “
Alahai manja sungguh rupa-rupanya Ernie dengan Maklong dan Pak Ngahnya. Sekadar info, Ziana, Anuar, Ernie dan Syamel bakal menjayakan Konsert Empat Live in Kuala Lumpur 2025 di Mega Star Arena pada 18 Oktober ini. Semoga urusan menjayakan konsert tersebut berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Thank you so much sebab jadi mak tiri yang tak pernah kedekut, tolong daddy bila daddy tengah susah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku yang tersembur dengar Que panggil Kepom macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Uwais punya suara unik. Ingat muka je macam arwah ibu dia, bakat dia pun Masyaa Allah.. ” – Komen Netizen

