Artis / Selebriti
” Mama YB senyum je perhati gelagat anak menantu, haha.. ” – Komen Netizen

Video YB Syed Saddiq berdebat dengan Bella Astillah di hadapan mamanya, Sharifah Mahani buat warganet terhibur. Comel reaksi Mama YB. Mama pun excited bila ada geng baru boleh berdebat dengan YB Saddiq..
Semasa misi bantuan di Muar baru-baru ini, mama kepada YB Syed Saddiq, Sharifah Mahani juga turut menyertainya. Ini adalah pertemuan kali kedua Mama YB dengan Bella dan mereka kelihatan mesra bersama. Sepanjang program, semua mata tertumpu kepada gelagat Bella dan Mama YB.
Meninjau entry di akaun Instagram Primavalet, telah dikongsikan satu video yang memaparkan YB Syed Saddiq berdebat dengan Bella mengenai isu pembaziran makanan. Bella menyebut perumpamaan yang selalu dipakai oleh orang iaitu makanan menangis jika tidak dimakan sampai habis.
YB Saddiq membantah perumpamaan tersebut dan mengatakan ianya lebih logik jika disebut syaitan ketawa daripada makanan menangis. Tidak mahu memanjangkan pendebatan, Bella mengatakan YB menang. Staff YB Saddiq pula spontan menyuruh YB Saddiq dan Bella kahwin, terkedu YB Saddiq dibuatnya.
Apa yang mencuri perhatian semua adalah reaksi wajah Mama YB sepanjang pendebatan itu berlangsung. Wajah Mama tersenyum sahaja dan ekspresinya itu menggambarkan perasaan gembira melihat ada seseorang yang boleh menggantikan tempatnya yang selalu mendengar YB Saddiq membebel.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 10 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk semua :
” Dlm hati mak YB.. alhamdulillah terselamat aku dari bebelan budakni, skrg dah ada Bella yg ambil alih.. “
” Dalam hati mama “yesss, ada geng nak lawan saddiq ni”.. aaah mama yg pun tercengang tengok anak dia dengan bella lawan cakap tu.. “
” Yess.. ini lah gambar/video yang fans tunggu2 ni… bella dan mama yb side by side.. emak yb ckp dlm hati: hbslah riuh rmh asyik berdebat je saddiq dgn bella kalau dah kawen nti..tp bagus bella mengalah supaya xberpanjangan.. “
” Mama YB senyum je perhati gelagat ank menantu haha.. skrg ni ada 2 wakil yg akan menangkis pendapat YB SS. mereka berdua akan berganding bahu ahahahahahaah.. “
” Mak yb pun pening, anak aku ni tak cukup dgn aku dia nk berdebat. Dgn bella pun dia buat perangai.. “
” I believe. Mama SS ni bakal mak mentua Dari syurgaaaaa.. Mak YB dah jegil biji mata, “ Saddiq nak oiii… kang xde yang minang kau Saddiq..” haha.. “
” Mak YB tercengang, yang aku pulak tersengih tengok dua orang ni. mama YB cam excited tengok debat antara YB dan Bella.. “
Excited mama YB Saddiq melihat telatah anaknya yang suka berdebat itu apabila bersama Bella. Tetapi Bella lebih tahu cara untuk handle ‘Abang’nya ini. Bak kata orang, anak sulung apabila dengan anak bongsu, pasti akan beralah. Mama YB ada geng lah selepas ini untuk menangkis semua perdebatan YB Saddiq.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Primavalet
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bagus Mira ni takde nak overshadow. Dia buat the best untuk anak Fattah. Auntie Mira sweet.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Clumsynya Amira, 10 kali ulang tetap berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sebab Thalita ? Adil kah untuk yang lain ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mantap manager, pandai plot twist. Ibu bagi lampu hijau tu Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila nak dapat baby ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Epic performance, balance suara feminine dan maskulin. Duet paling tenang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Macam tak percaya weh ni Hadie, nyanyi rap best gila. Tok Naz pun puji.. ” – Komen Netizen