Connect with us

Artis / Selebriti

” Makin power suara Hadie, nyanyi live sedap sangat. Makin yakin atas stage.. ” – Komen Netizen

Video persembahan Hadie Elfardie di Dataran Karvinal Stadium Shah Alam sempena sambutan tahun baru 2026 raih pujian ramai. Wah semakin mantap suara Hadie. Dah pandai kuasai pentas dan berinteraksi dengan penonton. Padu lah Hadie..

Bintang baru yang semakin bersinar, Hadie Elfardie meniti namanya di bibir wargamaya. Program Talk To My Manager berjaya menonjolkan bakat nyanyian Hadie dan kini Hadie mengorak langkah untuk lebih maju dalam dunia hiburan tanahair di bawah pengawasan ibunya, Ina Naim.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Havoc Events, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Hadie di Havoc Food Festival yang berlangsung di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam. Semalam juga bersempena countdown 2026, Hadie antara artis jemputan yang menghiburkan pengunjung.

Suara Hadie tidak dinafikan sangat sedap dan merdu. Berkat latihan Hadie menyanyi, vokal dan kawalan suara Hadie semakin baik. Di konsert ini, Hadie menyampaikan 2 buah lagu iaitu Putri Iklan dendangan asal Fajar Noor Eka Gustiwana dan lagu hits kumpulan Wali berjudul Yank.

Warganet yang menonton video ini terhibur dengan nyanyian Hadie. Ramai yang memuji suara Hadie dan gayanya yang semakin yakin di pentas. Hadie semakin bijak mengawal pentas dan pandai berkomunikasi bersama penonton. Persembahan yang terbaik daripada Hadie.

Jom tonton video di bawah :

@havocevents

wehhhh @_ehmadhadie nyanyi live kat HFF HFF LEBIH WANGI DENGAN @perfumeparadisehq ❗Masuk percuma! Jangan lupa ajak sekali keluarga & kawan-kawan❗ ____________ 📌 HFF 76.0 ❌ PERFUME PARADISE 📍 DATARAN KARNIVAL, STADIUM SHAH ALAM 📅 31 DIS 2025 – 4 JAN 2026 🕙 11 PAGI – 12 TENGAH MALAM ____________ havocfoodfestival havocfoodfestival2025 hfflebihwangidenganperfumeparadise MakanLokal fyp

♬ original sound – HAVOC MY – HAVOC MY

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Terkejut, handsome sangat Hadie dressing macam ni. sedap pulak suara dia. ish serious lah. sedapppp sgttt…paduuu.. “

” Sedaplah suara Hadie ni, nyanyi live bapak sedap.. Hadie makin matang dalam nyanyian dan persembahan. HFF boleh jemput hadie lagi utk next festival okeyyy.. “

” Full package Hadie, good job. ada rupa ada suara… mantap.. go hadi go. best suara hadie live cam ni. mantap Hadie.. sound speaker pun mantap.. “

” Hadie ni anak yang baik. sebutan dia jelas bila nyanyi. semakin mantap dan sedap suara Hadie.. nampak yakin atas stage.. Hadie terbang tinggi Hadie.. “

” Wow, da makin sedap suare hadie ni.. da more confident same mcm talita. Bagus jugak astro buat talk to my manager bole built dorgnye confident utk menyanyi lg baik.. “

” Suara Hadie makin mantapppp, pandai kuasai pentas and interact dgn penonton bagusss.. tak puas dengar suara Hadie. makin power suara Hadie ni.. “

” Sedapnya suara Hadie, fly higher Hadie. sesuai sangat lagu lagu ni dengan dia. good performance, mantap dan sukses selalu Hadie.. “

” Hadie , u r the sweetest. a sweet person with a sweet voice, ckp pun sweet…. Fly higher ok. vokal makin padu, pandai kawal pentas. Hadie dah up level dia okey.. “

Persembahan yang menghiburkan orang ramai yang hadir ke konsert ini. Suara semakin mantap dan keyakinan Hadie di atas pentas juga semakin baik. Permulaan yang baik untuk tahun 2026 dan semoga karier seni Hadie semakin bersinar dari hari ke hari. Moga 2026 Hadie lebih cemerlang dan berjaya.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Havocevents   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Perfect Cushion

Trending

Copyright © Berita Kopak