Connect with us

Artis / Selebriti

” Makin masuk air Kamal ni. Nekan sangat dekat tekak bunyi Anuar Zain tu ek, sama sebijik.. ” – Komen Netizen

Video Kamal Adli, Que Haidar dan Kak Lina sambung menyambung menyanyi lagu raya buat warganet terhibur. Wah power lah suara Kamal, sebijik macam suara Anuar Zain ditirunya. Part suruh sambung tu, terkejut Kak Lina sampai tutup telinga. Perangai betul Kamal, haha.. 

Jakel terus menceriakan hari-hari warganet dengan pelbagai content menarik sempena kempen raya 2026. Duta-duta Jakel tahun ini juga memberikan kerjasama yang sangat baik. Masing-masing ada karakter tersendiri yang mencuit hati warganet terutamanya watak kelakar Kak Lina, Kamal Adli dan Que Haidar.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Jakel Textile, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Kak Lina, Kamal dan Que bermain satu permainan iaitu menyambung lagu raya. Lagu dendangan Anuar Zain berjudul Bersabarlah Sayang menjadi lagu pilihannya.

Kamal memulakan nyanyian dengan penuh penghayatan. Ramai di kalangan warganet yang memuji kelunakan suara Kamal selepas Kamal memperdengarkan nyanyiannya itu. Kamal ada tone suara yang bagus dan caranya meniru suara Anuar memang menjadi.

Bak komen warganet, Kamal boleh menjadi penyanyi dan menggelarkannya sebagai Kamal Zain. Kelunakan dan kemerduan suara Kak Lina pula membuai rasa. Que pula tidak tahu lagu ini dan hanya mampu ketawa sahaja mendengar rakan sekerjanya itu menyanyi.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Uishh suara Kamal memang macam Anuar Zain lah.. part hari yang mulia tu sebijik sama.. Kemain garang eh suh Kak Lina sambung, haha.. “

” Hahaha.. boleh jatuh bulu mata palsu bila dijerit ‘sambung’.. suara kamal ni sedap dia je tak confidence haha.. “

” Menusuk kalbu kak lina cakap.. que pun main peranan betul haha. rosak dah semuanya.. ish sedap betul suara Kamal ni. kepom merdu amat.. “

” Que xboleh lawan kerr haha.. kak ELoi ketar ketirrr jer ehhh dengar Kamal Zain nyanyii haha.. pandai lah Kamal tiru, sama dowh sebijik suara anuar zain.. “

” Haha kamal ni la, menjadi jadi lawaknya.. sedap lah suara Kamal macam Anuar Zain dah.. sakit perut aku gelak.. que pun dah mula rosak sebab kamal.. “

” Makin masuk air Kamal ni. Uishh macam Anuar Zain lahh.. Nekan² sgt kat tekak bunyi anuar zain tu ekkk.. Kamal memang best, semua dia tapau.. Kelakar, serious, hero haha.. Masalahnya kamaladli nyanyi sedap weiiii… Pitching ok.. “

” Anuar zain comfirm dah tak boleh cari makan pasni haha.. sedap suara Kamal.. sebijik sejibik suara Anuar Zain.. anuar zain pun dia copy, g1la Kamal ni.. “

Sedap sungguh suara Kamal walaupun menyanyi dalam keadaan yang tidak serius dan banyak nakalnya. Semakin hari, semakin menjadi-jadi kelakar Kamal lebih-lebih apabila digandingkan bersama Kak Lina dan Que. Semoga semuany terus success dan gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jakel Textile   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak