Artis / Selebriti
” Macam tu jer dia masukkan tangan dalam baju nak bagi mini love.. ” – Komen Netizen
Video Nur Fatima Aisya mendapat mini love daripada seorang kanak-kanak lelaki buat ramai terhibur. Amboi, berani depan-depan mummy Fatima dia mengorat yer. Tersengih Faima dibuatnya, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Xtra, perkongsian sebuah video yang memaparkan anak kepada Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya telah meraih perhatian ramai. Video tersebut dirakamkan di sebuah restoran di Singapura.
Apa yang mencuri perhatian ialah gelagat seorang kanak-kanak lelaki yang duduk tidak jauh dari Fatima. Dia menegur Fatima dan kemudiannya memberikan mini love. Apa yang menghiburkan gaya kanak-kanak tersebut sangat gentleman dan sweet.
Gelagatnya itu sehingga tidak dapat dihalang oleh ibu bapanya dan Fatima juga dilihat terhibur. Amboi dik, selamba je mengorat Fatima depan ibunya ye, hehe. Agaknya dia tahu tak Fatima merupakan anak kepada artis terkenal, Fazura.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Video ini akan menjadi memori apabila mereka dewasa kelak. Mesti terasa malu-malu apabila melihat semula video ini apabila sudah dewasa nanti.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian video ini telah menerima pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Both cute lah.. Brani betul nyerr.. Mini love lagi.. Dik, smpai kembang collar baju tu gara² nk kuarkan mini love tu ea hahaha …comel btol la pragai.. “
” Taste baik ye cute boy.. Comelnya anak2 budak kecik hati bersih . Hahaahaha somel , effort adk laki tu mahal , mcm tuu jee dia msukan tngn dlm bju nk bg minilove.. “
” Comey mini love dia. Dikkk…itu yg prempuan mahu….efforts tuuu. Mommy dah nak dpt menantuu aw! Weyhhh anak fazura dia ngoratttt. Slayyyyyy.. “
” Amboiii kemahin shomel betulll.. Boy tu future boss mega holdings tu. Berani lain macemmm.. amboii depan2 ngorat.. gentleman tol dik.. approved ke mummy .. “
” Amboii dik tahu x dia anak pangliwa awang&sayang??? x minat mak dia tapi anak fatah ni mmg manis cantik. budak ni serius handsome besar nanti. percayala.. “
” HAHAHAHA comel gilerr. Mak budak laki tu dh gelabah dh siap tekup mulut ank dia .. the way mak dia cuba cover mulut dia.. “
” Tangan siap masuk dlm baju nak bg mini love. Both are so cute, tunjuk balik video ni biler mereka da besar mesti dua2 cringe.. “
Kecil-kecil sudah ada yang mengorat Fatima ye. Maklumlah Fatima mewarisi kecantikan daripada ibunya. Apabila sudah besar nanti, mesti ramai peminat Fatima. Semoga Fatima Aisya membesar menjadi seorang anak yang baik serta solehah. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG XTRA
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

