Artis / Selebriti
” Macam tu je digula-gulakan kita ek. Mangkuk kedaung, kihkihkih.. ” – Komen Netizen
Video Terbaru Roy Azman, Dato’ Jalaluddin Hassan Dan Dato’ Ramli MS Untuk Musim Terbaru Travel Lawak Projek Bapak-Bapak Buat Ramai Terhibur. Macam Tu Je Roy Dan Tok Jalal Kenakan Tok Ram, Haha !!
Rancangan Travel Lawak Projek Bapak-Bapak merupakan sebuah rancangan hiburan yang memaparkan pelbagai destinasi percutian di luar negara bersama empat orang selebriti iaitu Dato Jalaludin Hassan, Dato’ Ramli MS , Roy Azman dan Jatt Ali.
Kali ini rancangan tersebut telah pun memasuki musim yang kelima dengan menampilkan selebriti yang sama. Cuma tidak dapat dipastikan sama ada Jatt Ali masih ada dalam musim terbaru ini. Ini kerana perkongsian terbaru di Instagram Roy hanya menampilkan Roy, Dato’ Jalaludin dan Dato’ Ramli MS.
Video yang berdurasi beberapa saat ini telah memberi gambaran yang mereka akan sibuk dengan sesi penggambaran terbaru untuk musim baru. Roy meminta Dato’ Jalal membalingkan sebatang marker ke dalam sebuah kotak. Jika tidak masuk, mereka akan terus ke musim seterusnya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih satu rastus komen daripada warganet sejak ia dimuatnauk buat masa ini, Dapat dilihat Dato’ Jalal dan Roy begitu teruja untuk musim terbaru kali ini berbanding dengan Tok Ram. Sejak bersahabat dengan Roy, ramai yang mengatakan Dato’ Jalal semakin kelakar.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang tidak sabar menantikan episod musim terbaru travel lawak ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Macam tu je digula-gulakan kita ek. Mangkuk kedaung, kihkihkih.. semoga semua sihat belaka lakukan activiti mcabar nnt.. “
” Jangan lupa belikan ole2 utk yg shoot vdeo ni.. adoii pagi² dah buat hal eh geng bapak² ni.. Adakah pergi Switzerland? Kt tv belakang tu mcm bagi hint je .. “
” Bila tarikh siaran bapak2 lom shooting da tanya tarikh tayangan thisisroyazman. Nampak takkkk astro..kami tunggu PBB.. “
” Wahhh..projek bapak2 dah kembali lg.. Semoga semua dipermudah urusan..semoga semuanya sihat2.. X sabar nak tgk season 4.. “
” Wahhh ceria baliklah anak saya tahu ada sesson 4.. mesti tak sabar pacak dpn tv lg hahaha.. Yassss tv show yg paling ditunggu2 .. “
” Yeayyyyyy… Tlg la jgn stop… I love it so so much . Ank ank pon hepiiii nau nau.. Yeahhhhhh prjk bpk2.. Ank2 pn ske tgk.. Sbr tggu siar kt tv.. “
” Ini yang kami tunggu member saya ni n.fatinamira_nfa ni sampai demam tunggu season baru.. Yahooo!! Ada season seterusnya!!! Yeyeeyeyeyey.. “
Agaknya ke manakah destinasi mereka untuk musim kali ini. Pastinya ramai tidak sabar menantikan musim terbaru Travel Lawak Projek Bapak Bapak ini. Setiap musim sememangnya sentiasa menghiburkan hati tidak kira lapisan peringkat umur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Roy Azman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku tak boleh la tengok baby ni. Lebih 10 kali aku ulang tetap berdekah ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuhhh meremang dengar dia bawa lagu ni. Lain daripada yang lain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli

