Artis / Selebriti
” Macam suara Ayden lah, comel Bella.. ” – Netizen
Video Klip Nyanyian Bella Astillah Ketika Kecil Bersama Adiknya, Didi Astillah Raih Perhatian Ramai. Eh, Ramai Kata Suara Bella Ni Sebijik Suara Anak Sulungnya, Ayden Adrean. Comel Betul Suara Serak-Serak Basah Tu !!
Pastinya ramai mengetahui kerjaya seni Bella Astillah bermula sejak dari kecil lagi. Bella ada merakamkan sebuah album kanak-kanak yang dikenali sebagai Anak-Anak Mutiara bersama adiknya, Didi Astillah.
Banyak lagu kanak-kanak yang dirakamkan oleh Bella bersama adiknya itu namun tidak ramai yang menyedari akan kerjaya seni Bella ketika kecil. Dalam satu akaun Instagram, ada dikongsikan sedikit sedutan video lagu kanak-kanak nyanyian Bella bersama Didi.
Wajah Bella tidak banyak berubah sejak dari kecil sehinggalah meningkat dewasa. Bella tetap comel sehingga kini. Tetapi ramai yang menyatakan wajah Bella ketika kecil ini sangat seiras dengan wajah anak lelaki Bella iaitu Ayden Adrean.

Malah suara Ayden juga sangat sama dengan suara Bella ketika kecil. Kedua-duanya memiliki suara serak-serak basah. Perkongsian video ini telah menerima lebih daripada 9 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tom tombak maakyung didi ni la anak2 sy dok nyanyi main tu.. lahhh.. diorg ke ?.. alaaa.. terasa tuanya bila tngok vdeo klip ni.. “
” Ayden Di situ SBB ayden iras Bella.. ohh patut la suara ayden serak.. Mcm suara ayden haha comell bellaastillah.. “
” Suara adik beradik serak, tu yg anak pun suara serak comel jee.. Mcm suara Ayden lah.. sebijik muka ayden .. “
” Alaa..dulu ada CD lagi2 ni… mana peginyaaa dahhhh…. Bella rupanyaa yaa.. Comeynya tak berubah sampai besar.. “
” Muka bella awat mcm muka aku time kecik sebijik nyah.. kite ada CD ni dulu selalu pasang sampai rosak bercalar balar.. “
” Serius dulu ingt time tgk vcd.. ank cina mana nyanyi sebab mcm pelat org cina nak ckp melayu.. haa gitula.. “
” Dgr suara ni.. tbyg lagu diari ramadhan rafiq.. tak silap dia jgak nyanyi lagu ni.. Suara bella mcm ayden skrg la.. “
Comel sangat Bella ketika kecil bersama adiknya itu. Video Bella ini pastinya seronok jika Bella menayangkan semula kepada anak-anaknya. Jika Ayden menyanyikan semula pastinya kedengaran sama seperti suara Bella ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah, Terkiniviralmy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

