Artis / Selebriti
” Macam nak percaya tapi muka Amayan tu kantoi macam bukan. Dato’ jangan scam eh, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri, Datin Shahida dan Ammar Ahyan bersama sebuah jet peribadi mewah raih perhatian ramai. Wah eksklusif betul jet Dato’ Aliff. Tapi betul ke jet Dato’ tu, lain macam reaksi muka Amayan. Jeng jeng jeng..
Baru sahaja viral kerana membeli sebuah kereta mewah, Dato’ Aliff Syukri kembali dengan satu lagi kejutan untuk warganet. Memandangkan ada yang mengatakan dirinya riak kerana menunjukkan kereta tersebut dan bertanya bilakah Dato’ Aliff akan membeli jet peribadi kerana terlalu kaya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Aliff Syukri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Aliff, Datin Shahida dan Ammar Ahyan melihat sebuah jet peribadi. Pada awal video, Dato’ Aliff kelihatan cukup gembira dan teruja melihat jet itu di hadapannya.
Dato’ Aliff menarik tangan Datin Shahida dan Ammar lalu bertanyakan adakah mereka gembira. Selepas itu, Dato’ Aliff berkonsi pula rekaan dalaman jet tersebut. Sangat eksklusif dan mewah dalaman jet itu. Dato’ Aliff juga ada menyebut berkat menjual jeruk mangga dapat dia membeli sebuah dan ayatnya itu seakan tergantung di situ.

Warganet juga dapat melihat gambar Dato’ Aliff dan Datin Shahida bergambar berdua berlatarbelakangkan sebuah jet peribadi berwarna hitam. Adakah ini hanyalah sekadar gimik Dato’ Aliff atau ianya benar-benar aset terbaru Dato’ Aliff dan Datin Shahida, persoalan yang bermain-main dalam fikiran ramai warganet.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Meledak, nak tumpang balik Kedah Dato’ Aliff.. Congratz Tok aliffsyukriterlajaklaris , next billionaire.. “
” Ah Dato jangan scam kitorang… video tak jelas ni… dapat membeli sebuah ape?… jet ke ape? haha.. apa2 pun tahniah dato.. “
” Tahniah papa, padu teruk.. tapi kan Dato tak cakap “beli jet”. Dia cakap “sebuah” sambil duduk dalam jet ini tak menunjukkan dia betul2 beli jet itu heheh.. “
” MaShaaAllah TabarakAllah Tahniah Dato’ & Datin.. Terus menjadi sumber inspirasi untuk ramai orang termasuk saya.. “
” Bangganya tengok orang melayu kita berjaya.. Wahhh Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah tahniah bukan biasa2 mantap.. “
” Review ka mcm mna sebb ayat tergantung.. membeli sebuah apa? pelam ka apa dato.. dato jangan scam saya dato.. “
” Serius laaa ni baru betul kaya berkat hasil usaha sendiri.. macam nak percaya tapi muka amayan tu kantoi macam bukan haha.. “

Tumpang gembira warganet melihat kegembiraan Dato’ Aliff itu. Ayat Dato’ Aliff agak tergantung sama ada betul-betul membeli jet peribadi atau tidak. Apa-apa pun, andai benar ianya milik Dato’ Aliff, tahniah Dato’ kerana hasil usaha dan penat lelah Dato’ meniaga berbaloi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aliff Syukri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


