Artis / Selebriti
” Macam mana sebenarnya terfikir nak bagi bunga Emas tu. Erra Fazira pun tak tahu kan ? ” – Aisha Mazlin
Suami Erra Fazira, Ezwan Zain kongsi cerita macam mana boleh dapat idea untuk memberikan Pokok Bunga Emas kepada isterinya di Majlis Pernikahan mereka. Betul-betul surprise ni, Erra pun tak tahu..
Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira telah selamat bergelar isteri kepada usahawan, Ezwan Zain dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung penuh indah di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, pada pagi tadi.
Salah satu detik paling mencuri perhatian pada hari bahagia pasangan ini adalah mas kahwin istimewa yang diterima oleh Erra. Ezwan menghadiahkan isterinya sepokok bunga emas yang menjadikan moment tersebut antara sorotan yang paling hangat diperkatakan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Hot FM, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan geng Hot Squad iaitu Fizi dan Aishaa menelefon Ezwan Zain bagi bertanyakan lebih lanjut mengenai pokok bunga emas yang dihadiahkan kepada isterinya, Erra Fazira pada majlis pernikahan mereka.

Menurut Ezwan, hadiah tersebut sebenarnya merupakan kejutan istimewa dan Erra langsung tidak mengetahui mengenai perancangan itu. Jelasnya lagi, pokok bunga emas tersebut mengandungi 24 keping dinar emas seberat sekitar 102 gram dan ia merupakan idea dirinya sendiri untuk dijadikan simbolik dalam hantaran pernikahan mereka.
Tonton video di bawah ini :
Bukan sahaja pokok bunga emas itu mencuri tumpuan, malah hantaran dalam talam yang diangkat menggunakan tandu turut menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet. Ada yang mengatakan bahawa cara hantaran itu dibawa seakan mengingatkan kepada suasana berkaitan kema tian kerana seperti membawa keranda. Perkara tersebut turut diajukan oleh Fizi Ali kepada Ezwan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai hal tersebut.

Menerusi perkongsian video kedua pula, Ezwan turut menitipkan ucapan istimewa buat Erra selepas mereka sah bergelar pasangan suami isteri. Dalam nada penuh syukur, Ezwan menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan terhadap isterinya itu, sambil mendoakan agar perjalanan rumah tangga mereka sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber :IG hotfm976
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti2 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen

