Artis / Selebriti
” Luar biasa peserta dari luar boleh bawa lagu Pantai Timur.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Dadali Dyrga membawakan lagu Dikir Rambong raih pujian ramai. Bila orang Indonesia menyanyi lagu dialek Kelantan, mantul lah Dyrga. Tokram pun puji..
Semalam telah pun berlangsungnya konsert Gegar Vaganza minggu ke tujuh dengan membawakan lagu di luar skop kebiasaan para peserta. Antara yang mencuri tumpuan ramai ialah persembahan Dadali Dyrga yang membawa lagu yang berjudul Dikir Rambong.
Dyrga merupakan peserta dari Indonesia dan sememangnya ia merupakan satu cabaran buatnya yang mana perlu menyanyikan lagu dalam dialek pantai timur. Dyrga berjaya menyahut cabaran tersebut dengan mendapat tempat kedua pada minggu ini.
Menerusi akaun instagram Astro Gempak dan Sinar, video ketika Dyrga membuat persembahan telah dikongsikan. Dyrga tampil dengan memakai baju Melayu serta bertengkolok berwarna merah dan biru. Pentas juga cukup meriah dengan ahli dikir barat.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ratusan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai tidak menyangka yang Dyrga boleh membawakan lagu ini dengan baik dan boleh mempelajari dialek ini dalam masa yang singkat. Dyrga turut mendapat pujian daripada Dato’ Ramli MS.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji semangat Dyrga dalam menyanyikan lagu ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Hahahah lawak la dirga.. pape pun dia penyanyi versatile .. Luar Biasa Sebagai orang Luar and Boleh bawa lagu pantai timur Memang power .. “
” Dia ni gifted tau sbb apa dia indonesian pastu nyanyi pulak lagu dialek kelantan yg org kita sdr susah nak sebut.. Mantap sek kito jange pecoh.. “
” Apesal tarik lagu mcm ayam kena sembelih je… haha.. Setiap minggu dpt no 2 bagus betul dia ni .. Dh ghope nk berjaipong.. “
” Mantap dadali..semangat molek. mantap dyrga ni….dia buat sgguh2 asgment setiap mggu. Paklawak gv11… slalu tertunggu2 persembahan dyrga.. “
” U nail it dyrga.. Peserta paling rajin buat assignment. Hebat Dryga. Mantap.. hrp astro jemput shiro buat kejutan utk dyrga.. “
” Lps hbs gv masuk muzikal lawak superstar plak dyrga ni. Persembahan yg dtunggu2… enjoy sgt2.. kembar dia pun orang lawak jugak, Shahrol Shiro .. “
” Power dyrga ni.. Tiap minggu top 5. Mmg peserta favourite GV11. Sifat rendah diri tu buat semua org suka dia.. Luar Biasa peserta Dari Luar Dan boleh bawa Lagu Pantai Timur,Dia cepat belajar dalam masa yang singkat.. “
Setiap minggu persembahan Dyrga tidak pernah mengecewakan dan sentiasa berada di dalam kedudukan top 5. Pastinya ramai peminat Dyrga tidak sabar menantikan persembahan Dyrga pada minggu hadapan. All the best buat Dyrga untuk minggu-minggu seterusnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, Sinarmy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


