Artis / Selebriti
” Lirik lagu ni, ditambah dengan kisah Fattah. Alahai sedih betul.. ” – Komen Netizen
Kemunculan Fattah Amin dalam music video terbaru Aina Abdul berjudul Jadi Ajar Aku buat ramai tersentuh. Lakonan Fattah dan Aina yang begitu menjiwai. Lirik juga begitu dalam maksudnya dan menyentuh jiwa. Part Fattah pandang kerusi kosong tu alahai sebaknya..
Sebagaimana yang digembar-gemburkan, Aina Abdul keluar dengan music video terbarunya berjudul Jadi Ajar Aku. Sejak beberapa hari yang lepas lagi, semua peminat Aina khasnya ternanti-nantikan MV ini kerana penampilan khas oleh Fattah Amin.
Meninjau Instagram Aina Abdul, telah dikongsikan sedutan music video itu. Beberapa minit yang lalu pula, warganet sudah boleh menonton video penuh di Youtube Channel Aina Abdul. Lagu dan lirik yang cukup mendalam maksudnya mengenai perasaan kecewa apabila cinta diduakan.
Aina bijak dalam mencipta lirik yang menyentuh hati, ditambah pula suaranya yang gemersik lagi menaikkan aura yang sedih itu. Fattah pula walaupun peranannya dalam MV ini tiada sebarang dialog, tetapi ekspresi wajah yang ditunjukkan menunjukkan rasa sedih dan kecewa yang Fattah pernah lalui.
Rata-rata warganet tersentuh mendengarkan lagu terbaru Aina ini. Lakonan Fattah juga membantu MV ini ‘hidup’ dan membuatkan warganet bermain dengan emosi. Antara bait-bait lirik yang menusuk ke hati ialah ‘ Jika benar cinta bisa dibahagikan, jadi ajar aku menerima ketentuannya’.
Jom tonton video di bawah ( video penuh di hujung artikel ) :
Perkongsian tersebut telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Jadi Ajar Aku, lagu paling best yang Aina cipta.. Menusuk kalbu weyy.. karya agung Aina featuring Fattah Amin.. “
” This MV is going to be epic.. Kesian Fattah, sedih tengok penghayatan dia tu. part pegang bunga tu, aduh touching sangat.. “
” Sedihnya muka Fattah.. Betul-betul sedih eh lagu ni.. tengok MV ni dengan kita sekali menangis.. Part sedih kerus kosong tuuu…. meninggalkan dan ditinggalkan… dua2 tak mudah.. “
” Lirik lagu ni, ditambah dengan kisah Fattah.. alahai sedih betul.. tengok muka Fattah lagi bertambah sedih.. memang nangis lah tengok MV ni.. “
” Lagu yang membunuh ni… pedih jiwa raga dengar lagu ni aina manis. sedih sangat muka Fattah tu, menjiwai betul.. “
” Mengalir terus airmata dengar setiap bait lirik lagu ni dengan figura Fattah Amin ada dalam MV ni. Sedih ya. Another masterpiece from the one and only Aina Abdul. Goodjob.. “
” Kena dengan diri lirik lagu ni sedih bukan kepalang. mendayu dia lain macam, sedih betul bila dengar betul-betul.. semoga maju jaya aina fatah.. “
Pemilihan Fattah sangat bersesuaian dengan lagu yang dipersembahkan. Semoga MV ini boleh mencipta satu kejutan hasil gandingan Aina dan Fattah. Bagi yang belum menonton, boleh lah menontonnya video si bawah dan pastikan anda menyediakan tisu terlebih dahulu.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aina Abdul, Youtube Channel Aina Abdul
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Uii dia keluar keluar terus lagu Inggeris eh.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Encik Khairul tu memang sporting habis. Tak takut camera, macam dia pun artis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Habis keluar bahasa Korea Rina. Asal marah auto cakap Korea, comel Rina.. ” – Komen Netizen