Artis / Selebriti
” Lembut bila perlu. Kental bila diuji. Itulah Bella yang saya.. ” – YB Syed Saddiq
Perkongsian YB Syed Saddiq sempena hari lahir Bella Astillah buat ramai yang tersentuh. Alahai, part gambar-gambar tu semuanya sweet sangat, dah macam sebuah keluarga yang lengkap dan bahagia..
Perkongsian ucapan selamat hari lahir oleh Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada selebriti terkenal, Bella Astillah di akaun Instagram miliknya pada hari ini telah mencuri tumpuan ramai pengguna media sosial, khususnya peminat-peminat mereka.
Menerusi perkongsian tersebut, YB Syed Saddiq telah memuatnaik foto bersama Bella serta anak-anaknya, lengkap dengan kapsyen ucapan hari lahir buat selebriti yang kini berusia 32 tahun itu. Ucapan yang dititipkan oleh Syed Saddiq dilihat penuh makna dan menyentuh hati para peminat yang mengikuti perkembangan mereka di media sosial.
Malah, bukan itu sahaja, kelihatan YB Syed Saddiq juga dilihat menghadiahkan jambangan bunga buat Bella sebagai tanda penghargaan pada hari istimewanya. Momen tersebut turut memperlihatkan kemesraan antara mereka, malah anak-anak Bella juga kelihatan sangat mesra dan rapat dengan Ahli Parlimen Muar itu.

Selain itu, warganet telah meluahkan rasa teruja dan cair membaca ucapan yang diberikan oleh Syed Saddiq buat Bella. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Bella yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada 15 Mac.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan pelbagai ucapan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Selamat hari lahir buat Bella.. Semoga setiap tahun yang mendatang membawa lebih banyak senyuman, kekuatan dan kasih sayang.. “
” Happy Brithday Bella.. Happy Family sebak tengok.. Semoga kebahagiaan ini kekal hingga ke jinjang pelamin.. “
” Happy Birthday, Bella Astillah.. Wishing you a day filled with love, happiness, and beautiful moments. May this new year of your life bring endless success, good health, and joy. Keep shining and inspiring everyone around you.. “
” MasyaAllah.. Keluarga bahagia Insya-Allah.. Selamat ulang tahun kelahiran yg ke 32 buat bellaastillah semoga dipermudahkan segala urusan bella bersama yg tersayang.. “
” Awwwwww brb crying tepi bucu katil.. Happy birthday ironlady kesayangan ironman.. Semoga korang terus bahagia selamanyaa… “
” Wah lirik lagunya pun deep sgt,sperti luahan hati YB.. HB Bella, semoga segala impian dan kebahagiaan milik Bella tahun ni dan seterusnya.. “
” Speechless… Berbahagialah kamu berdua selamanya, insyallah… Tq Yb jagakan Bella Ara n Ayden utk kami.. “
Dalam masa yang sama, ramai peminat turut meninggalkan doa serta harapan yang baik buat kedua-dua figura terkenal ini. Ada yang mendoakan agar hubungan baik antara YB Syed Saddiq dan Bella sentiasa diberkati serta dipermudahkan segala urusan mereka pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG syedsaddiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

