Connect with us

Artis / Selebriti

” Lemah lembutnya suara kejut anak, kalau saya dah jerit dah.. ” – Komen Netizen

Video Hanis Zalikha mengejutkan anaknya, Alisa Aisyah untuk bangun sahur raih perhatian ramai. Lemah lembutnya suara Hanis kejut Alisa. Betul-betul tinggi kesabaran Hanis walaupun Alisa lambat untuk bangun..

Meninjau ke akaun Instagram Alisa Aisyah, perkongsian sebuah video yang memaparkan Alisa bangun untuk bersahur telah meraih perhatian ramai. Ramai netizen kagum dengan kesabaran Hanis Zalikha mengejutkan anaknya untuk bangun bersahur.

Hanis hanya memanggil nama Alisa dengan penuh lemah lembut dan kasih sayang. Walaupun Alisa agak liat untuk bangun dan menarik semula selimutnya, Hanis tetap memanggil Alisa dengan suara yang lembut. Alisa akhirnya bangun daripada tidur tanpa sebarang masalah.

Melihatkan pada cara Hanis mengejutkan anaknya untuk bangun sahur, ramai yang berasa kagum dengan kesabaran Hanis. Ini kerana kebanyakan ibu-ibu akan mengejutkan anak mereka dengan suara yang kuat dan bergerak pantas.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Hanis sememangnya sering mendapat pujian ramai yang melihat cara didikan Hanis terhadap dua orang cahaya matanya iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman mengejutkan anak bangun sahur. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Yeayy ada da video kejut alisa… Ank num2 sya mcmtu la tido balik, kejut lagi drama pun keluar la..kdg2 drama air mate, kdg2 drama angin puting beliung (klu yg ni die mncabar keimanan skit), kdg2 die bebel2.. “

” Smue tu kne layan jela drama2 tu..kene pancing skit… Tp ank pertama sng kejut xbyk ragam.. nk jadi jgk mcm n.. tp tulaa xksmpaian.. mcm tarzen pagi2 kejut anak.. main 5 6 kli kejut elk2 xnak bangun.. “

” Sama anak sy no 2 pun begini laaa. Dukung dluuu. Cium cium dlu br bangun tp x nangis. Aq kalau kejut anak buah perempuan mcm ni mmg tambah mengada lah dia tak bangun.. “

” Hahaha yg sama la kite. Yg sulung kjut suara slowww pon dy bole bgn je. Kne yg no 2 mcm ajk gduh kjut pg. Dh tu mmg kne dukung la ari2 nk ajk dy trun g mnd.. “

” Bagus tk byk ckp.klu aq byk ckp.. Lemah lembutnye.. sy dh jerit dh.. ni klau mak zmn dulu hbs segala kipas lmpu tutup buka pekik nye lain ahhahahhah.. “

” Saya punya ayat….simple. Ok bangun semua. Dah cukup. Sbb semua dah tahu apa akan jadi kalau tak bgn. lembut nya mak kejut kalau mak aku kejut mcm dunia nak kiamat.. “

” Aku kejut ank aku bngun xde la soft, suara aku dh jdi mcm speaker masjid dh.. Aku risau suara mcm petir la sbb kesabaran ku sgt tipis.. “

Bagus sangat Alisa tetap berpuasa walaupun masih kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya dan Alisa sangat bertuah mempunyai seorang ibu seperti Hanis. Semoga Alisa Aisyah membesar menjadi anak yang solehah. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alisa Aisyah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak