Artis / Selebriti
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
Video anak bongsu arwah Siti Sarah Raissuddin, Ayash Affan sedang menyanyi sebuah lagu English lama raih pujian ramai. Fuhh power lah Ayash menyanyi lagu legend, bukan kaleng-kaleng lagu Ayash pilih. Sedap suara Ayash..
Beberapa tahun lalu, pemergian penyanyi arwah Siti Sarah Raissuddin yang pada ketika itu sedang sarat hamil anak keempatnya mengundang sebak ramai. Lebih memilukan lagi, Siti Sarah juga tidak sempat menatap wajah anak bongsunya itu.
Kini, masa berlalu dengan cepat dan anak bongsunya itu telah pun membesar dengan sihat. Diberikan nama sebagai Ayash Affan, Ayash sudah pun berusia 4 tahun. Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik ibu Shuib, Puan Salamiah Jalani ada berkongsi video terbaru Ayash.
Menerusi video itu, Ayash sedang berkaraoke menyanyi sebuah lagu English lama bertajuk Just Called To Say I Love You, yang dinyanyikan oleh penyanyi, Stevie Wonder. Tulis Puan Salamiah pada video tersebut mengatakan pagi-pagi lagi Ayash sudah meminta untuk menyanyi.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa teruja mereka apabila mendengar nyanyian Ayash. Akui wargnanet, jarang kanak-kanak seperti Ayash meminati lagu English lama dan mampu mengingati lirik lagu itu.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. Ayash ni nampak gayanya ikut mcm ibu juga, suka menyanyi.. “
” Aboi2 kemain dia eh…Berbakat lh dia Masha Allah love Sangat.. Anak soleh arwah ibu.. Sedap lah suara Ayash nyanyi.. “
” Lagu lagend betul siapa ajar dia hahhahahhaha.. Auntie pun tak hafal lagu tu Ayash.. Comel la awak nyanyi, auntie tgk pun geram.. “
” Amboi ayash lagu om puteh .. Pandai.. Nenek doa kan Ayash menjadi seorang yg bijak pandai, anak soleh dunia akhirat.. “
” Pandai nye Ayash.. Nanti boleh berduet dengan kakak Thalita la yer.. Minat betul dia dengan menyanyi.. Cute lah Ayash sekarang.. “
” MasyaAllah bijak nya anak soleh ni.. Bukan main lagi dia seronok dapat menyanyi lagu tu, hehe.. Sedap suara Ayash macam ibu.. “
” Ayash pandai nyanyi lagu English lah… Kecik lg.. Tak bosan lah nenek hari-hari Ayash nyanyi untuk nenek, hehehe meriah suasana rumah.. “
Alahai, sedapnya suara Ayash menyanyi. Nampaknya seorang lagi anak arwah Siti Sarah bakal mengikuti jejaknya yang meminati bidang seni suara. Apa-apa pun, semoga Ayash terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG amy_salmi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice

