Artis / Selebriti
” Lawak lah geng bapak-bapak ni. Sorang minta topi, sorang minta naga, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Roy Azman, Dato’ Jalaluddin Hassan Dan Datuk Ramli MS Sedang Belajar Buat Live Di TikT0k Buat Ramai Terhibur. Lawak Lah Geng Bapak-Bapak Ni Buat Live, Berdekah Gelak Dari Awal. Part Dato’ Jalal Dan Tok Ram Minta Gifts Tu Serius Lawak. Baru Start Dah Mintak, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram pelakon Roy Azman telah berkongsi satu video yang memaparkan Roy bersama pelakon veteran, Dato’ Jalaluddin Hassan dan pengarah muzik terkenal iaitu Datuk Ramli MS. Menerusi video itu, mereka bertiga sedang membuat video live di TikTok.
Pada awalnya, Roy telah memberi salam sebagai tanda permulaan video, namun begitu kedengaran Datuk Ramli atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ram meminta gift daripada peminat yang sedang menonton. Mendengar apa yang diminta oleh Tok Ram, terus Roy berdek4h ketawa kerana ujar Roy kepada Tok Ram, live mereka masih belum ada yang melihat.
Bukan Tok Ram sahaja, Dato’ Jalal juga turut meminta gift naga membuatkan Roy sekali lagi ketawa. Seloroh Roy, mereka sebenarnya ingin belajar membuat video live kerana sebelum ini mereka tidak tahu cara dan sekarang sedang belajar membuat video.
Selain itu, sempat Dato’ Jalal menyanyikan dua buah lagu iaitu lagu Inggeris dan Hindi buat tontonan para peminat yang melihat live mereka. Sehingga kini, video telatah Roy, Dato’ Jalal dan Tok Ram ini telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur melihat telatah Tok Ram, Dato’ Jalal dan Roy. Antara komen-komen warganet adalah :
” Lawak lah geng bapak-bapak ni, sorang minta topi sorang minta naga, haha.. Live dalam gelap, hahaha adoi lah bapak2 semua.. “
” Umur melebihi teknologi, hahaha.. Tolong sambung kt las vegas… Konpom happening… Nak geng bapak2 yang sama tak nak lain.. “
” Umur melebihi teknologi. Harrreyyy betul bang.. Penat aku gelak tengok perangai masing-masing, sabar jalah.. “
” Hahahahahaha kalau tak lawak memang tak sah.. Masing2 tengah belajar buat live rupanya.. Tok Ram awal2 dah declare.. “
” Geli hati aku tengok perangai masing-masing.. Adoii naga lah topi lah hahahaha belom apa2 dh nk mcm2 ahahaahah.. “
” Nak tumpang gelak juga, hahaha tamak betul bak kata Roy, belum apa2 dah minta macam2.. Lawak juga rupanya Tok Ram ni.. “
” Hahahahah bagi jelah apa yang ada.. Comel tengok Dato Jalaluddin tengah pikir apa yang nak dimintanya.. Hahaha.. “
Amboi belum apa-apa dah minta gift naga dan topi, memang kelakar betul tengok telatah masing-masing. Lagi-lagi mendengar Roy yang tak henti-henti suka menyak4t Dato’ Jalan dan Tok Ram, macam-macam Roy suruh Dato’ Jalal buat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG thisisroyazman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen