Artis / Selebriti
” Last Hawa tu ya ampun. Tersedak aku tengah makan nasi dengar suaranya, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Trio 3 Pagi Era, Nabil, Pak Azad Dan Radin Karaoke Berantai Bersama Dato’ Seri Siti Nurhaliza Dan Ayda Jebat Dalam Rancangan MeleT0P. Lawak Betul Gelagat Masing-Masing, Tokti Pun Sporting Habis. Part Hawa Tu Paling Kelakar. Kant0i Miming Guna Suara Tokti, Haha !!
Rancangan hiburan MeleT0P semalam membawakan ramai artis undangan dan ianya juga bersempena 25 tahun radio Era ke udara. Antara yang diundang adalah Halim Othman, Linda Onn, Ayda Jebat dan penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
Meninjau akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memperlihatkan trio 3 pagi Era iaitu Nabil, Pak Azad dan Radin berkaraoke bersama Ayda Jebat dan DS Siti. Mengikut trend sekarang, mereka menyanyi secara bergilir-gilir lagu hits dendangan asal Ziana Zain, Madah Berhelah.
Pak Azad dan Nabil berp1sah tiada dengan aksi lucu mereka. Berdekah penonton mendengar nyanyian Nabil dan Pak Azad. Masuk sahaja turn DS Siti menyanyi, bergema dengan sorakan penonton. Aura DS Siti sememangnya kuat dan suaranya tidak dinafikan memang lunak dan merdu.
Ayda pula tampil comel seperti budak-budak sekolah dengan rambutnya diikat tocang. Baby bumb Ayda pun sudah kelihatan walaupun tidak besar. Part Hawa Rizwana menggeletek hati penonton. Pandai Hawa awal-awal berpakat dengan DS Siti dan miming menggunakan suara DS Siti. Sorok punya sorok, hujung-hujung dapat juga dengar suara sebenar Hawa.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Era ini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Hawa mengelat haha.. Penangan Kakak2 viral pentarama ni… Dah semua buat karoks berantai haha.. comel mommy to be, tak sampai pegang mic haha.. ”
” Pak azad gerak sana sini tu yang nampak Dato Sri Siti nyanyikan untuk Hawa haha.. kant0i Hawa miming tapi last tu terkej0t dengar suara ori Hawa haha.. ”
” Tokti punya vokal memang tak boleh lawan lah, amazing.. Part last paling menang, Hawa Rizwana suara sebenar haha.. ”
” Adoiiii Ayda Jebat macam tarik kakak diaaa Tokti suh nyanyi lagi haha. Mata aku fokus kat aydajebat je why so cute dgn babybump dia tu.. ”
” Seperti biase.. aura Tokti tetap kuat sampai bergegau studio histeria penonton bila Tokti buka mulut je.. ”
” Sedapnyaaa laaaa haiii suara tokti tu… aydajebat tu mcm bdk sekolah je tauuuu padahal mak org.. jelessss titewww.. ”
” Comel nyer ayda tarik tangan tok iti utk smbung nyanyi.. Yang part last tu macam anak akak yang darjah 1 nyanyi. Comel je hawa haha.. ”
” Yang part last hawa tu haha, ya ampun. tersedak aku tengah makan nasi dengar suaranya.. Macam-macam ragam haha.. ”
Macam-macam ragam, yang power ada, yang ke ‘laut dalam’ pun ada suaranya. Apa-apa pun, semua enjoy menyanyi dan penonton juga terhibur menonton telatah mereka. Ini hanya lah sekadar hiburan dan diharap pembaca juga terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen