Artis / Selebriti
” Lamanya tak tengok Melissa, maintain tak berubah. Sama je macam dulu.. ” – Komen Netizen
Gambar terbaru isteri kepada Malique Too Phat, Melissa Maureen raih perhatian ramai. Wah, maintain cantik seperti dulu, tidak dimamah usia. Anak-anak pun comel-comel belaka..
Meninjau ke akaun Instagram Malique Ibrahim, posting terbaru yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Malique telah memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan wajah isterinya, Melissa Maureen dan dua cahaya mata mereka.
Melissa juga merupakan seorang selebriti yang popular sekitar tahun awal 2000 namun kini menyepi selepas mendirikan rumahtangga bersama Malique. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata, iaitu Inca Medina, Rumi Arjuna, Chasca Maya dan Ezra Aditya.
Walaupun kini usia Melissa sudah pertengahan 40 an, namun penampilan Melissa masih seperti dahulu. Maintain cantik dan nampak muda daripada usia sebenar. Malique jarang berkongsi gambar keluarganya di media sosial dan lebih sukakan privasi.

Perkongsian gambar ini telah menerima lebih 53 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai netizen tidak menyangka yang Malique akan memuatnaik gambar terkini Melissa walaupun tanpa sebarang kapsyen.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Jarang mr general nak kongsi mcm ni . Teringat iklan Ponds terusss… sbb dia lah aku nak pakai Ponds kekecik… shantekkk .. “
” Disitu kita jadi penunggu mentari naik, disitu kau jadi isteri, kekasih & teman baik.. Chasca Maya & Rumi Arjuna .. bila papa nya seorang seniman kan. Sampai ke nama2 anak puitis dan penuh makna.. “
” So pretty nye melissa. maintain cantik smpai skrg. tq malique sbb share photo melissa .. Mungkin lepas ni malique post gmbr dia sendiri.. “
” Lamanya tak tgok melissa, minat dia since gol & gincu.. Cantiknya, she’s still look the same as before Glad that she’s happily living her best life. Thankyou for sharing this.. “
” Kenapa melissa maureen maintain tak berubah. Sama je macam dulu2 .. Hampir serupa macam Kristin Kreuk. Teringat goal dan gincu.. “
” Family reveal.. Cantik luar cantik dalam cantik macam mama. Ni mesti ezra aditya malique & chasca maya malique.. “
” Wife tak merajuk ke bang? Lahirkan anak semua ikut muka abang? Selamat berbuka general. forever young,wife malique ni syantikk betul.. “
Untuk info, Melissa mempunyai darah kacukan Pakistan, Melayu dan Cina serta popular menerusi filem gol dan gincu. Anak-anak pasangan ini juga cantik dan handsome mewarisi rupa paras ibu bapa mereka. Semoga keluarga ini sentiasa bahagia sehingga ke syurga. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Maliqueibrahim, Toophat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


