Connect with us

Artis / Selebriti

” Lama tunggu transition ni, akhirnya. YB terover pusing tu, nyaris jatuh, haha.. ” – Komen Netizen

Video transitions YB Syed Saddiq dan Bella Astillah sebeluum dan selepas bertunang buat peminat teruja. Alahai comel sangat bakal pengantin ni. Excited sangat tu YB, nasib tak terjatuh. Hehe..

Peminat BASS pastinya masih lagi tersenyum sehingga ke hari ini setelah melihat majlis pertunangan pasangan merpati dua sejoli, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq semalam. Ikatan pertunangan ini mengakhiri teka teki orang ramai mengenai status sebenar hubungan Bella dan YB Saddiq.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Syed Saddiq, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan video transitions sebelum dan selepas mereka diikat dengan tali pertunangan. YB Saddiq turut menulis di ruangan kapsyennya mengatakan ini adalah berkat doa semua orang.

Ramai yang teruja melihat video suntingan oleh YB Saddiq ini. Orang ramai sememangnya menantikan detik Bella dan YB Saddiq disatukan. Comel sahaja aksi pasangan ini menunjukkan cincin pertunangan mereka dan terserlah kebahagiaan di wajah masing-masing.

Ramai juga di kalangan warganet yang menyedari YB Saddiq terlebih berpusing dan mengakibatkan dia hampir terjatuh. Excited sungguh YB Saddiq berpusing, apabila Yayang Bella di sisi, semua yang mustahil pun akan YB Saddiq usahakan sehingga berjaya.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 192 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Syukur alhamdulilllah.. insan baik ramai sayang.. Allah sebaik baik pengatur.. Tahniah buat keduanya.. im sure Mama mesti happy sgt ni.. “

” Aishhh suka tahu buat aku senyum sorang sorang.. wow, transition YB dan Bella gempak lah.. Hah yb dah pusing sampai nak terjatuh dia.nasib baik dgn org yg sama lg. btw video ni berapa jam eh?.. “

” Hahahahah comelnyaaaaa rasa nak buat keychain.. msti skrang nak chat “hi fiance” kannn ahahahah tiberrrr hehe.. congrats kesayangan kami! Tak sabar tunggu next step lagi.. “

” Cieeeee dah boleh buat trend nii … pape pun congrats yb & Bella,, Eh sikit lagi nak jatuh tu yb haha.. rasanya yb lelaki paling bahagia sekarang.. “

” Bulih sudah post cintan cintun yeayyy.. YB terover pusing Tu… nyaris nak jatuh haha.. apa pun so sawitttt angat.. dah tak kaku yb sekarang.. ” 

” Lama tggu transition ni.. akhirnyaaa.. dh knp dgn aku² skali pusing tgk diaorg ni pusing.. haha aku tumpang gembira.. ” 

” Comelnya, ulang banyak kali pun tetap sweet.. Ni lah yg jack cakap tu .. kalau org lain suruh buat dia tak nak ..tapi bila bella suruh..menari ke,pusing ke ..YB sanggup.. anything for bella kan YB.. ” 

Sweet sungguh melihat pasangan tunang yang sama cantik dan sama padan ini. YB Saddiq pun semakin lincah dan tidak sekaku dulu lagi. Semoga semua perancangan YB Saddiq dan Bella menuju hari bahagia mereka dipermudahkan oleh Allah. Pasti ramai yang tak sabar hendak melihat BASS naik pelamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syed Saddiq, IG Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak