Artis / Selebriti
” Lama dah Unuk nak nyanyi lagu ni, kena tahan. Sekali bagi, dia all out terus.. ” – Komen Netizen

Video Terbaru Amir Sisi Menyanyi Lagu Satu Rasa Cinta Raih Perhatian Ramai. Sedapnya Amir Bawa Lagu Ni. Nyaris Tukar Lagu Sebab Sakit Tekak, Tapi Siara Tetap Padu. Penuh Penghayatan Dan Sampai Ke Hati !!
Nama juara The Chosen One Musim 1, Amir Sisi masih menjadi pilihan ramai penganjur sebagai artis jemputan. Amir muncul di Program Karnival Keusahawanan Orang Asli Johor Bahru telah berlangsung pada 6 September sehingga 8 September yang lepas.
Menerusi perkongsian video di akaun Instagram Amir Sisi dan Tiktok Termoj Production, telah dikongsikan video ketika Amir melakukan persembahannya. Mini konsert KUOA 2024 ini turut menampilkan Black Hanifah, Ara Johari dan kumpulan XPDC.
Menerusi video ini, Amir menyampaikan lagu berjudul Satu Rasa Cinta dendangan asal penyanyi negara jiran, Arief Putra. Ketika ini, Amir mengalami sakit tekak dan hampir-hampir menukar lagu kerana risau suara Amir tidak sampai untuk menyanyi tone lagu ini.
Persembahan Amir mendapat tepukan gemuruh dan ternyata suara juara TCO ini masih berbisa. Semakin lunak dan merdu suara Amir dan lagu ini bertepatan dengan vokal Amir. Kelihatan kini Amir sudah banyak pergerakan di atas pentas dan tidak lagi malu-malu seperti awal kemunculannya.
Jom tonton video di bawah :
@termoj.production6 Sound lebih clear..Unuk @Amir Sisi mula ada gaya2 sikit..slow2 mula berani..#amirsisi #everyone #berandafypシ #fypシ #termojproduction
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulillah syukur unuk dpt mendendangkn semua lgu dgn sgt2 baik wlpn dlm keadaan kurg sihat.smg unuk sentiasa dlm rahmat Allah n cept2 sembuh. kakak bangga ngn unuk.. “
” Semakin mantap suara Unuk.. semoga terus maju jaya Unuk. Walaupun kurang sihat tapi suara tetap sedap …terbaik Unuk.. “
” Suka dengan gayanya, teruskan bersikap humble ye adik Amir.. Amir semua boleh..moga cepat sembuh dan rajin-rajin belajar ya.. “
” Wah sedap Unuk nyanyi.. Bestnya suara Amir sekarang, makin merdu suara Amir.. tak jemu dengar suara amir ni..”
” Kau nyanyilah lgu ape pun adik amirsisi_unuk.official … saya tetap menangis bukan sedih tapi bangga dgn kamu. semoga terus menjadi anak yg membanggakan dan membantu orang tua dan semua orang dikeliling kamu. semoga dgn ape yg ad pada kamu hari ini akan menjadi contoh kepada anak2 yg lain.. “
” Bagi la lagu apa pun… semua sedap unuk dendangkan… performance makin mantap dgn lenggok badan… terus melangkah ke depan.. “
” Nampak enjoy Unuk nyanyi lagu ni. lama dh Unuk nk nyanyi lagu ni kena tahan. skali bagi, dia all out terus.. “
” Comel betul dgn gaya2 comei unuk , dh berani Alahmdulilah .. sedap suara kna dgn lagu ni.. Lagu ni dah jd lagu Unuk dah.. memang dia santai bawa lagu ni.. terbaik Unuk.. “
Terhibur semua mendengar suara Amir itu. Santai sahaja Amir menyanyi, namun tetap power suaranya. Amir juga semakin pandai melayani penonton dan penguasaan pentasnya juga semakin bagus. Gaya Amir berjoget mengikut lagu itu membuatkan ramai terhibur. Semoga Amir terus maju jaya dalam karier dan juga pelajaran.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Amir Sisi, Tiktok Termoj Production
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral4 days ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral2 days ago
” Mama dia masuk, mama dia sebut 1 perkataan yang buat saya sebak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
-
Viral7 days ago
” Aku dapat panggilan daripada mamaku sendiri yang sedang meraung menangis.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ingat Amayan dah lawak, Cess lagi lawak rupanya. Bahasa baku pun ke laut dua beradik ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Jika laporan itu wujud, mengapa ia tidak dikemukakan kepada pihak keluarga dan pasukan peguam ? ” – Dato’ Zaharil
-
Viral7 days ago
” 90% raut wajahnya sama, senyum sama. Sampai tak boleh bezakan.. ” – Komen Netizen