Artis / Selebriti
” Kus semangat pipinya, nama pun masyaAllah indah maksudnya.. ” – Komen Netizen
Da’i Syed Kongsi Berita Gembira Isterinya, Hana Almauzah Selamat Melahirkan Cahayamata Sulung Mereka. Wah Bambamnya Baby, Kus Semangat Pipinya. Nama Pun Cantik !!
Da’i Syed dan Hana Almauzah mendirikan rumahtangga pada Disember 2022. Hana pernah mengalami keguguran, namun rezeki memihak kepada pasangan ini apabila Hana kembali berbadan dua selepas itu. Sejam yang lalu, Syed memaklumkan satu berita gembira buat semua.
Menerusi akaun Instagram Da’i Syed, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan gambar terbaru Syed dan Hana bersama anak mereka yang baru lahir. Syed memaklumkan, Hana selamat melahirkan cahayamata mereka itu secara normal pada 14 Ogos.
Syed dan Hana sepakat menamakan anak mereka ini dengan nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail yang membawa maksud cahaya pemberian mulia. Hana kelihatan berseri-seri menerusi gambar ini. Keluarga kecil Syed dan Hana yang pastinya semakin bertambah kebahagiaannya dengan kehadiran Fatma.

Menerusi perkongsian ini juga, Syed turut menunjukkan gambar puterinya itu tetapi bahagian mukanya dikaburkan. Kelihatan pipi Fatma yang chubby dan badannya juga kelihatan bambam. Pastinya Fatma cantik seperti Umminya juga. Mesti ramai yang tak sabar untuk menanti saat wajah penuh si kecil ini didedahkan nanti.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Ucapan tahniah diberikan kepada Dai Syed dan Hana. Antara komen-komen warganet :
” Alhamdulillah tabarakallah.. tahniah hana sayang n syed.. semoga baby membesar menjadi anak solehah amiin.. ”
” Alhamdulillah barakAllah.. Semoga baby and maknya sihat walafiat.. Selamat berpantang kak hana.. ”
” Wah wah dai Syed sudah jadi Baba.. alhamdulillah.. so cute.. kus semangat pipinya.. selamat berpantang hana.. take care.. ”
” Alhamdulillah tahniah ada geng bulan ogos.. bambamnya baby.. blur pun tetap nampak muka dia, comelll.. ”
” Alhamdulillah, MasyaAllah, tahniah Ds Hana. Selamat mjadi ibu ayah,, moga Hana cpt sembuh, aamiin.. sedap nama baby, comel pulak tu.. ”
” Alhamdulillah, Maa Syaa Allah cantiknyaa semoga menjadi Qurrota ‘Ayun buat keluarga.. cantik maksud nama baby.. ”
” Alhamdulillah tahniah untuk baba dan ummi.. betul tekaan saya baby girl.. comel sangat baby, nama pun masya Allah indah maksudnya.. ”
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah untuk Hana melahirkan anaknya ini. Nama yang cukup indah buat permata hati Syed dan Hana. Semoga Hana cepat sembuh dan baby Fatma membesar dengan sihat. Welcome to the club Syed dan Hana. Selamat berjaga malam, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Daisyed, IG Hana Almauzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Uwais punya suara unik. Ingat muka je macam arwah ibu dia, bakat dia pun Masyaa Allah.. ” – Komen Netizen

