Artis / Selebriti
” Kita yang tengok ni pun sebak, macam mana pulak keadaan Hidayah edit video ni kan.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Nor Hidayah sempena hari lahir arwah suaminya, Abam Bocey pada hari ini undang sebak warganet. Sedih tengok gambar-gambar Abam yang Dayah kongsikan..
Meninjau di akaun Instagram milik Nor Hidayah, telah dikongsikan video throwback bersama arwah suaminya, Abam Bocey. Perkongsian video ini adalah sempena ulang tahun kelahiran arwah Abam yang ke 37 tahun pada hari ini, 19 Januari.
Di ruang kapsyen, Hidayah menitipkan ucapan istimewa buat arwah Abam. Tulis Hidayah, meskipun Abam sudah tiada lagi, kasih dan rasa cinta Hidayah kepada arwah suaminya itu tetap utuh seperti dahulu. Tulis Hidayah lagi, anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah adalah pengikat cinta antara dia dan arwah Abam.
Perkongsian oleh Hidayah tersebut telah mengundang sebak warganet. Ramai yang mengatakan menonton video arwah Abam ini membuatkan mereka juga menjadi sayu. Selain itu, ada juga membayangkan perasaan sedih dan rindu Hidayah ketika menyunting video ini.

Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Hidayah sempena hari lahir arwah Abam telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Ramai yang sebak membaca kata-kata ucapan Hidayah buat arwah Abam, pasti Hidayah sangat merindui arwah Abam.
Tonton perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Sebak pulak tengok dan baca ucapan Hidayah.. Kejap betul rasanya masa sekarang.. Dah masuk 5 tahun rupanya arwah dah meninggal.. “
” Rindu yang paling sakit adalah rindu kepada orang yang sudah tiada.. Faham apa yang Dayah sedang rasa.. Al Fatihah buat arwah Abam.. Semoga tenang di sana.. “
” Allahuuu.. Sedihnyaaa… Semoga hidayah tabah menghadapi dan Syed Uthman Hamzah menjadi anak soleh buat arwah Abam.. Al fatihah.. “
” Kita yg tgok ni pun sebak, mcm mana pulak keadaan Hidayah edit video ni kan .. Mesti lagi sebak dari kita.. Allah, sabar ya Hidayah.. “
” Al fatihah.. Sebak pula tgk video ni.. Innalilahi wainna ilaihi rojiuun, semoga rohnya ditempatkan disisi orang2 yg soleh Aamiin3.. “
” Sama besday la kita.. Al-Fatihah untuk arwah Abam, semoga arwah Abam tenang di sana dan moga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman Aamiin.. “
” Al- fatihah Allahyarham Syed Umar Bin Mokthar.. Mesti sakit nak melalui hari2 yg mendatang kan.. Saya kehilangan adik pun sedih sangat2.. “
Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya tahun ini sudah 5 tahun arwah Abam meninggalkan kita. Semestinya pemergiaan arwah tidak dapat dilupakan oleh ahli keluarga dan para peminatnya. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan semoga arwah Abam sentiasa tenang di sana serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hidayah_ hamzahh
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

