Artis / Selebriti
” Kita pula yang sebak dengar lagu Amir nyanyi dan tengok Mayah nangis.. ” – Komen Netizen
Video Amir Sisi Dan Haziq Cuba Menceriakan Mayah Yang Tengah Bersedih Ketika Mereka Ingin Berpisah Raih Perhatian Ramai. Yang Seorang Menyanyi Untuk Mayah, Yang Seorang Lagi Buat Drama Sedih. Lagi Touching Lah Mayah Dibuatnya, Hehe !!
Pastinya ramai yang mengenali tiga orang kanak-kanak cilik ini iaitu Amir Sisi, Haziq dan Sumayyah. Amir dikenali sejak menjadi juara dalam program realiti TV The Choosen One. Manakala Sumayyah atau mesra dipanggil Mayah dan Haziq dikenali melalui video content mereka yang bercakap dalam loghat utara.
Baru-baru ini mereka dipertemukan dalam satu program untuk saluran Astro Ceria bersama Ikhmal Nour. Meninjau ke akaun Tiktok Mayah Ciwi, perkongsian sebuah video yang memaparkan mereka bertiga terpaksa berpisah dan pulang ke tempat masing-masing setelah tamat program telah meraih perhatian ramai.
Walaupun berjumpa dalam tempoh yang singkat, namun dapat dilihat betapa akrabnya mereka sehingga berasa sebak untuk berpisah. Bagi menceriakan hati Mayah yang sedih untuk berpisah, Amir dan Haziq telah melakukan sesuatu perkara.

Amir telah menyanyikan sebuah lagu buat Mayah, namun apabila mendengarkan nyanyian Amir, hati Mayah bertambah sebak lalu menangis. Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik di media sosial buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
@mayahciwi_summayyah ❤️🥹Terima Kasih menceriakan hidup mayah @Amir Sisi @HaziqJerr2 Terima kasih @Astro Ceria temukan kami🥹😁🫶🏻 #makananpunbelisendirinah #fyp #mayahciwi
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Lain mcm lagu yg di tujukan tuu… perpisahan yg penuh brmakna tuuu.. Dalam hidup kita mmg ada geng2 yg masuk air ni.. semoga berkawan dunia & akhirat.. “
” Uishh haziq beli royce potato chip.. Amir ni dia rendom sikit.. habis amir rebut mayah dari aziq.. drama apa ni takda pun kat TV weh apa nama tajuk drama ni.. “
” Permulaan hnya sekadar kwn..dlm diam selesa sbb dh selalu bersma..semoga ade jodoh utk korg bdua..amin.. amir ni lawak la.. mmg blh jd kawan haziq.. “
” Kita plk yg sebak dgq lagu unuk nyanyi n tgk mayah nangis…alhamdulillah unuk dh semakin bjk bergaul.seronok tgk depa.. “
” Yg Sumayah dok “toksah dok gelak boleh dak” dia xtau kak mawat gelak sbb oqng kt blkng dok berlakon.. mak aziq pon main peranan aihh.. “
” Budak yang nyanyi tu macam yang budak dalam video Ikhmal. “toksah dok gelak boleh dak” dia taktau oqng dok gelak hat blkng tu bukan kat diaa.. “
” St g jdi cinta segi plak. Mayah lagi sedih pisan dgn amir ka haziq.. amir dah pandai bersosial sekarang.. dulu nak cakap pun segan2 lagi.. terbaikk amir.. “
Begitu akrab persahabatan mereka sehingga begitu sukar untuk berpisah. Semoga persahabatan mereka berkekalan sehingga ke dewasa kelak. Pastinya apabila melihat kembali video ini apabila mereka telah dewasa akan membuatkan mereka berasa terhibur atau pun malu-malu pula.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mayah Ciwi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

